Tuesday, 2 September 2014

Syukur Alhamdulillah

...Sept 2014...

1 Sept 2014

Fuhhhh... dah berabuk dah pun page ni.... lama x bukak. Almaklumlah bz sgt kan.

Syukur.. semua bjalan lancar. Bermula harini, hubungan aku n babak dah masuk fasa baru. Fmily die datang merisik n btunang trus. Ktorang wat simple2 je. Asalkn ikut adat kan..


Wednesday, 1 January 2014

Welcome 2014

... Jan 2014...

1 Jan 2014

hye.. selamat menyambut tahun baru... hurm, asal tahun baru je, mesti orang tanye pasal azam kan..., azam aku tahun ni nak mengakhiri perhubungan aku dengan si dia dengan cara yang halal... InsyaAllah. aku harap, dengan kedatangan 2014 akan membawa sinar baru dan penuh dengan keceriaan dalam perhubungan kami.

kepada si dia, aku harap die akan selalu bersabar dengan kerenah dan ragam aku yang tak menentu ni, dan "mama harap, kasih sayang babak pada mama tak kan pudar walaupun banyak sangat dugaan yang terpaksa kita lalui. mama sedar, hubungan kita tak sama dengan orang2 kat luar sane, tapi mama tahu, Tuhan sedang menguji kita"....

 
buat mek dan ayah, thanks sebab telah memberi limpahan kasih sayang yang tak terhingga hingga ke saat ini. tanpa kasih sayang dan dorongan kalian, anakmu tak kan berada pada tahap ini sekarang....


kepada adik beradik dan anak2 buah yang selalu buat aku tersenyum (arwah abang, kak Ta, abg li, semek, pdah, a.mi, p.awe, cah, nani, pami, piyie, eyo, ebby, eryn, ipang dan ammar), thanks sebab tak pernah jemu buat joke dan buat kerenah yang boleh buat aku tersenyum sorang2 tika berjauhan.... korang memang terbaik!!!


pada teman2 rapat... jema, nida, fae, isma, azie, zaza along dan nik, thanks sebab pernah hadir dalam hidup aku walaupun masa dan keadaan telah menjarakkan kita. saat2 bersama korang tak mungkin aku lupakan dan kadang2 moment2 indah yang pernah kita ciptakan dahulu sering terukir di ingatan aku....


paling penting dan terutama sekali, thanks God kerana telah memberi aku kesempatan dan peluang untuk mengenali insan2 yang terpenting dalam hidup aku... sesungguhnya, tanpa kehadiran mereka semua, hidup ini hambar.... semoga Engkau sentiasa memberi rahmat dan kesihatan yang berpanjangan kepada insan2 istimewa ini... amin....


Monday, 30 December 2013

Bandung, Indonesia

… December 2013…

26 December 2013 (Day 1)
Last vacation for this year… ngeh3.. tapi kali ni agak susah sikit la. Che teh masuk wad lagi, so susah sikit la nk g airport. Nak tak nak, kene tido airport la nampak gayanye. First flight kan. 6.40am. lepas isyak dah bertolak p kl sentrel. Then naik bas ke LCCT. Sampai sane, orang ramai giler. Yela, musim cuti sekolah kan. yang tido kaki lima, atas lantai dan atas kerusi bersepah sepah. Ktorang pun ape lagi, alas surat khabar, tido atas lantai je. Kelakar pulak rase. Tapi nak wat macam mane kan. pukul 3 pagi dah bangun. Ngam2 orang bukak kaunter chenck in. orang ramai giler. Macam kenduri. Siap check in, ktorang p buat ape yang patut, solat subuh and then breakfast.

bekpest..

6.40am… departing time!!. Terbayang bayang dah barang yang nak shopping ni. Babak, sediakan duit secukupnye ekkk…. ($$$$$) Hehe.. sampai Husein Sastranegara Aiport dalam pukul 8.05am (waktu Indonesia). Pak Tato, ktorang punyer driver and guide dah tunggu.

Bandung.. here i come!!

Sampai je, ktorang langsung terus ke Tangkuban Perahu. Sebab kalau sampai sane petang, takut hujan. Nanti tak syok la kan. Pak Tato cakap, kat sane, petang2 hujan. So, kne plan la nak g mane2…. Hurm.. silap percaturan!! Jalan macet (jem)… almaklumla cuti krismas kan. dah la jalan kat sane sempit dan one way, memang stress la dalam kete tu. Ktorang naik kete Toyota Yaris. Nasib baik kete agak selesa dan aku n babak tak berenti bercakap, so tak rase la  sangat kan… sampai sane dalam pukul 11.30am dan die berada dalam Kabupaten Lembang (Daerah Lembang).  cuaca agak baik dan bau belerang makin kuat sampai ke rongga hidung… kalau tak tahan bau die, korang boleh beli mask muka. Banyak dijual kat sane. Macam2 warna ader…. Ops.. bercakap pasal Tangkuban Perahu ni, die sebenarnya kawah gunung berapi. Kalau dari Bandar Bandung or dari jauh, die kelihatan seperti sebuah perahu yang terlingkup. Sebab tu la name die Tangkuban Perahu (perahu yang terlingkup). Kawah yang terbentuk hasil dari gunung berapi tu memang besar dan kuasa Allah tak de sape yang boleh duga kan…

Tangkuban Perahu

Mengagumi kebesaran Allah

patung2 yang menyemakkan!!

Wilujeng Sumping

free pose sekitar TP

Pejalanan diteruskan lagi ke next destination, iaitu Floating Market. Kalau nak ikutkan, jarak dari Tangkuban Perahu ke Floating Market dalam 45 minit je lebih kurang. Tapi disebabkan jem, 3 jam baru sampai….. nak cari parking punyer la susah. Orang ramai giler… memang spoil la. Dah la hujan renyai2.. huh!!

replika floating market

nice view

rase macam dalam gambar..

pisang salai

warung jamur

air tebu

kebab kings

sedapnye bang....

Floating Market Lembang

jangan sampai sesat ye dik..

kupon untuk membeli makanan di floating market

nak beli air pun gune kupon... hurm....

Masa untuk balik semula ke bandung… nak tak nak, kena harung jem yang teruk tu jugak la… Pak Tato belanja ktorang makan kerepek pisang yang paling sedap sekali kat daerah situ. Hehe.. memang sedap!!. Thanks Pak Tato!! Pandai ambik hati ye… ;) sampai bandung lebih kurang dalam pukul 7. Pak Tato drop ktorang kat Toko Tiga. Rambang mata bile masuk. Barang branded. Yang paling famous kat sini adalah jeans. Original. Murah2 pulak tu. Tapi tak pe, window shopping je ni.. hehe… sabar2, jangan beli ape2 lagi…. Kusss semangat aku tengok jeans levi’s dan baju2 die… Toko Tiga, tunggu aku datang esok or lusa eh.. mood shopping dah membuak-buak dah ni.. gelojoh giler!!. Kat tepi2 kedai Toko Tiga ni banyak orang jual2 ole2. Macam2 ada. Babak berkenan dengan jam dinding hard rock cafĂ©. Saje die beli utk dijadikan ole2 buat bos dan kawan2 die.. cantik. Die beli 3. Harga die Rp380,000 (RM103.36). Cuma rm34.50 je satu.

Toko Tiga

ha.. berkenan la tu.. cara tengok pun org dah taw!

tengok jeans tu, maunye x giler ko...

Sekali lagi perasaan gelojoh aku membuak-buak bile Pak Tato bawak p outlet. Outlet ni berada di kawasan Dago. Banyak sangat outlet kat sini. Rambang mata nak pilih. Tapi Pak Tato cakap, The Secret Outlet memang outlet yang biasa di recommend kpd penumpang. Sebab die besar dan terdapat pelbagai pilihan barangan. Macam2 ada. Harga murah2 pulak tu. Aku beli tudung jenama Kashkha 2 helai  (Rp 200,00/rm54.40) dan baju Superdry 2 helai (Rp190,000/RM51.68). teruja sangat sampai lupa nak ambik gambo. huhu. dah nama pun pompuan ye dak...


Perut dah berdondang sayang dah ni.. jom p makan… kedai makan yang menjadi mangsa ktorang malam ni adalah Kedai Belacan. Ramai orang M’sia datang sini. Dekat je dengan outlet tadi. Ktorang makan menu istimewa,  Gurame terbang, kari ayam dan sayur kangkung belacan (Rp 124,200/Rm33.78). kelakar tengok ikan gurame terbang… siap ada sayap lagi. Heheh..

menu yang tak mengecewakan...

menu istimewa.. gurame terbang!!

menu dinner kami

Xtvt utk 1st day dah tamat… now, rest time!! Malam ni tido di Hotel Guntur. 1 night Rp520,000/Rm141.44. public holiday, biasa la kan. harga naik la. Tak kisahlah, asalkan dapat tdo. Nite….


27 December 2013 (Day 2)
Morning… jom breakfast….

morning...

Lepas breakfast, Pak Tato dah tunggu kat lobi hotel. Hari ni nak p Kawah Putih pulak. Kesan hasil daripada gunung berapi jugak. Agak jauh jugak. Tapi Pak Tato lalu ikut tol. Dalam pejalanan, nampak Tangkuban Perahu dari juah. Memang betul, nampak macam perahu terlingkup kalau dari jauh. Nice… jalan agak sesak sikit. Tapi untung sebab masih awal. Dalam pejalanan boleh cuci mata tengok keadaan sekeliling.. tanah subur, tanaman dan sayuran segar2. Rasa nyaman pulak bile masuk kawasan kampung.

Tangkuban Perahu (circle merah) dari jarak jauh

Lebih kurang pukul 11am, ktorang dah sampai sane. Tiket masuk untuk 2 orang Rp62,000/Rm16.86. ktorang tak naik dengan kete sampai atas taw. Ktorang naik van yang telah disediakan. Kalau tak silap name die Ting Ting. Kalau korang nak naik terus dengan kete, boleh je. Tapi ktorang saje nak merasa kan. memang adventure giler naik benda alah tu. Dah la dia bawak laju, jalan sempit dan bengkang bengkok pulak tu. Huh! Kuss semangat aku.

sempat lagi tu...

Ting Ting... macam angkot (angkutan kota) je rupe die.

Bila dah makin hampir dengan tempat yang dituju, bau belerang/sulfur makin kuat. Lupa nak cakap, beza Kawah Putih dengan Tangkuban Perahu ni adalah posisi kita melihat. Kalau Tangkuban Perahu, kita boleh lihat dari pinggir atas kawah. Tapi kalau Kawah Putih, kita boleh masuk dan lihat ke dalam kawah tu sendiri. Satu lagi, tiket Tangkuban Perahu lebih murah berbanding tiket Kawah Putih. Heheh. Ape pun, jom layan pic ktorang eh…

Kawah Putih

Tata tertib pengunjung Kawah Putih

Kawah Putih

me... ;)

comel tak kak ton?????

syg..  ape kat sane tu??

Babak was here!

Legenda Kawah Putih

Fauna

Flora

Keadaan alam di Kawah Putih

Seterusnya, ktorang p shopping pulak. Nak shopping jaket kulit dan barangan kulit niatnya. So, dalam pejalanan balik dari Kawah Putih, Pak Tato singgah di Cidabuyut. Kat situ banyak toko2 barangan kulit yang original. Murah2 sebab die buat kat situ, dan dijual pun kat situ. So, tak de orang tengah la. Tapi, kene pandai pilih kedai la. Takut kena tipu kan. sepanjang jalan kat Cidabuyut tu, penuh dengan toko2 yang jual barangan kulit. Macam2 ada. Dan macam2 jugak lah yang kami beli. Hehe. ktorang beli:

Jaket kulit 2 Rp1,400,000.00 (Rm380.80),
pencuci barangan kulit 2 Rp150,000 (Rm40.80),
purse Rp100,00 (Rm27.20),
wallet Rp200,00 (Rm54.00),
belt kulit Rp40,00 (Rm10.88),
sepatu kulit Rp150,000 (Rm40.80)
dan kasut palm shoe Rp70,000 (19.04).

yang aku nak bagitaw, belt kulit yang pernah babak beli kat Pertama Complex sebijik dengan yang die beli kat Bandung. Kat Pertama dia beli dgn harga Rm99. kat sini dapat dengan harga Rm10 je. tak ke haru namenye tu... huhu. kat sini, kalau korang tanye "ni kulit ape?" dorang mesti cakap "kulit domba". kulit domba ni kulit kambing la. jangan pelik taw!!. satu lagi, tips kalo korang nak beli sepatu/kasut/sandal/selipar kulit, korang kene tengok betol2. sebab takut dorang guna kulit babi. cara nak cek, korang tengok kat dalam kasut tu, kalau ada 3 bintik, maknanya die guna kulit babi. kalau tak de, so maknanya kulit domba la. tapi jangan sampai tertipu pulak dah la ye...

macam berkenan je bang... hurmm

ye adik manis... mau cari ape?? kasut cantik2 jugak ada...

jeng.. jeng... jeng...

sekitar jalan Cidabuyut

sekali lagi, ktorang mintak Pak Tato anta kami ke Toko Tiga.. nak shopping. hehehe... ktorang beli:

t-shirt pelbagai jenama 10 pcs Rp1,049.000 (Rm280)
jeans burberry  babak Rp269,000 (Rm73.17)
jeans lee cooper  aku Rp249,500 (Rm67.86)
jeans levi's babak Rp499,900 (Rm135.97)
jeans levi's aku Rp399,900 (Rm108.77)

kat sini ada servis potong kaki taw. kalau potong kaki biasa, free je. tak yah bayar. (dah nama pun free kan..), tapi kalau potong kaki original, kene bayar Rp10,000 (Rm2.72) per pcs. murah kan...

sedang menunggu potong kaki seluar..

mak aih... senyum ke telinga ko yo...

baru nyenyak tido... hehe

dah selesai shopping2, Pak Tato nak belanja ktorang makan bakso. segan pulak kan. tp die asyik bertegas, katenye ikhlas. nak tak nak, ikut jelah. die bawak makan kat kedai bakso yang selalu die makan. tak ingat la name ape kedai tu. bakso die boleh tahan la. ramai jugak orang makan kat situ. ape pun, thanks Pak Tato...
lepas makan, ktorang terus balik hotel. kiranya, ni last ktorang jumpa Pak Tato. sebab package ktorang untuk 2 days je. dah tamat la malam ni kiranya. package untuk 2 days Rp950,000 (Rm258.40). ktorang siap bagi tip lagi kat die. hehe.. 

wif Pak Tato

then, aku masuk bilik... saje nak buat sepah, aku keluarkan semua barang2 yang telah dibeli and mintak babak tolong snap kan... tq babak!!

hasil rompakan untuk hari ni...

disebabkan masih awal dan tak mengantuk lagi, babak ajak kuar jalan2. p jalan kaki je. pusing punye pusing, jumpa la Bangi Kopitiam... dalam hati, "ade jugak kat sini eh"... then ape lagi, ktorang makan2, minum2 dan lepak2 situ jela.. 

Bangi Kopitiam, Bandung

bila mata dah tak larat nak bukak, barulah ktorang balik. gud nite bbk!!

28 December 2013 (Day 3)
Morning.. pagi ni kena bangun awal.. sebab nak pecah telur. hehe.. destinasi hari ni adalah shopping di Pasar Baru. p jalan kaki je. sempat singgah beli pisang keju lagi.. ramai orang beli, siap beratur lagi. tu yang ktorang tertarik tu. hehe.. rase die memang sedap.. lemak2 manis. 

pisang keju 1...

 
sebentar ye pak...

sambil makan, sambil jalan kaki... baik punye perangai kan... hehe.. sesekali, mata tengok keadaan sekeliling. merasai kehidupan kat sane. jauh beza dengan tempat kite. lebih kurang 10 minit jalan kaki, sampai la kat Pasar Baru. die ada 7 tingkat. tak tahu la larat ke tak nak g serbu semua floor.. cuba yang terdaya je lah... 
kat sini, ktorang shopping macam2. handbag, baju, skirt, seluar, kardingan, kain pasang, lace, baju kurung dan macam2 lagi lah. shopping punye shopping, sampai tak sedar yang ktorang belum makan lagi.. huhu... disebabkan dah tak larat nak turun, ktorang makan kat food court atas pasar baru je. agak mahal sikit la.. 

beg berlonggok longgok. cuma 50 ribu je satu..

kat sini memang selalu dipenuhi dengan orang M'sia. masuk sini memang giler la kalau yang kaki shopping tu. telekong, kain pasang, baju dan macam2 ada. boleh dapat dengan harga murah giler2 kalau beli borang dan pandai tawar menawar. bagi yang ada bisnes kain-kain, memang sesuai sangat la datang sini. berbaloi baloi wa cakap sama lu... ceh. hehe. sayang, tak banyak aku sanp pic kat sini. almaklumla... hehe...
then, lepas makan, ktorang terus turun. macam dah pening lalat dah rasenya duk dalam tu. dengan orang ramai, barang banyak, dan sesak, aku jadi pening... langkah terbaik, aku turun je lah. ingat nak balik hotel. nak rest.., tapi dalam pejalanan tu, aku terjumpa kedai perfume. ape lagi, hilang la aku punye pening lalat ni. babak cakap "ni rupenye ubat die ye.." dengan wat muka selamba dan terkulat kulat tu, aku tersenyum... heheh. ktorang beli 2 botol. babak punye Dunhill Blue, aku punye Estee Lauder. harga die cuma Rp100,000 (Rm28.30) untuk 2 botol yang bersaiz 50ml. harga mengikut saiz botol. sedap bau die. tahan lama. murah pulak tu. then, baru la balik bilik. rest kejap. 


lepas asar, ktorang kuar lagi. kali ni tak tahu nak pegi mane. ktorang tanye kat kaunter lobi, area sini ada tak shopping mall.. die cakap ade. tapi aku dah lupe nama die. die bagitaw la cara nak pegi sane. katenye, senang naik angkot. murah. so, seperti yang diberitahu, kami naik angkot. die hantar depan2 mall. kat sane, ktorang just pusing2 je. saje nak tengok barang dan price die. dalam duk tengok2 tu, sempat pulak aku tersangkut kat kedai make-up Make Over. ape lagi, aku sapu 2 batang lipstik Make Over Rp69,000 (Rm19.53) yang kebetulan tengah wat promosi. yang aku beli ni, buy 1 free 1. tu yang aku rembat 2 tu. hehe... babak cakap ape taw "ni nak makan lipstik ke ape ni?"... aku wat2 tak dengar je. hehe.. jahat kan!! lepas dapat lipstik tu, aku bagitaw babak "ok, ni last owg beli. lepas tu tak nak beli dah. nak tengok2 je", babak jawap "iyelatu mama......."... sebenarnya die jenis yang tak kisah, tapi aku segan la. asyik2 barang aku, asyik2 barang aku... hehe.. 



pastu, ktorang jalan2 lagi. masuk Sogo Mall. adusssss....., awat la nafsu aku datang lagi nih...??? aku berkenan kat spek yang satu tu... tapi tadi kan dah janji... huhu.. so, wat2 la tak tahu kan, aku duk belek2 je spek tu dan alih2, die yang mulakan dulu "mama, spek ni cantik. ambik la satu, babak belikan. pilih la yang mane berkenan.." aku dah macam kena sampuk daaa... 


ape lagi, pilih la beb. tapi, sempat lagi cover doh "betol ke ni? tapi owg ingat tak nak beli la.. tak de yang cantik pun owg tengok"... ceh... ayattttt... hehe.. 


die balas "ala tak pe la, kite beli la 1. mama pilih je. kalau tak, biar babak pilihkan"... sebelum die pilihkan, cepat2 aku jawap "yeke..takpe, yang ni pun ok babak" cepat2 aku ambik yang aku berkenan dari awal tadi tu dan terus bagi kat die. heheh... die pe bayar dan senyum2 je. spek tu jenama safari Rp560,000 (Rm158.76). ni harga selepas less. polarize. thanks babak!! ;) terharu pulak rase... huhu


sepanjang pejalanan balik ke hotel, x putus2 aku ucap thanks kat die. hehe.. sampai je hotel, ktorang terus masuk blik masing2 dan rest