...Okt 2013...
15 Okt 2013 (Day 1)
Batam yang tak dijangka… ;). Sebenarnya aku nk g johor je
pun. Saje jalan2 kat johor sebab cuti
ada lagi kan… last2, bile dah pusing2
johor pagi tu, dah tak tau nk g mane dah. Then, ambik kputusan nk g batam ikut
jalan laut. Naik feri. So, ape lagi, aku p la beli tiket kat Stulang Laut.
Harga tiket mase pegi RM66. Balik RM44. Kalau beli return, die murah sikit.
Kalau beli satu2, die mahal. Tapi die open tiket. Tempoh 3 bulan. So, ikut kite
la nak duk sane seminggu ke, 2 mggu ke, ikut korang la.. asalkan tiket dah
beli. Boarding time pukul 1.30pm… ada mase lagi, aku p tukar duit kat money
exchange dekat2 situ je. Rate untuk hari tu 1juta = RM295. (0.295). jadi
jutawan segera la aku ye dak… dah siap tukar, terus p kaunter imigresen dan naik feri. Pintas Samudera 9 nama feri yang aku naik tu...
Here I came!!
berjalan menuju ke feri dari terminal stulang laut
Pintas Samudra 9
Atas feri ada jual2, aku makan megi indomi je. Harga die 10
ribu rupiah (RM2.95). Sedap jugak megi die. Lebih kurang dalam 1 jam setengah –
2 jam aku rase pejalanan die tu.
Welcome to Batam..
Sampai sane, dari Batam Centre (tempat turun
feri) aku terus naik angkut2 (die macam
van la) nak pegi ke Nagoya. Mase kat terminat feri batam, aku ade sembang
dengan 2 3 orang2 sane. Saje nak tanye tempat dorang. Dorang suggest suh aku
menginap di Nagoya. Kat situ makanan die pun ok, ada mall. Senang nak shopping
katenya. Transport nk g sane dorang suh aku naik angkut2, murah sikit
berbanding naik teksi. naik angkut2 cuma 4 ribu rupee je (RM1.18) per pax. Kalau naik teksi 40 ribu (RM11.80). sampai
Nagoya, first skali check in hotel. Harga die Rp 190 ribu (RM56.05) per day.
Hotel budget je.
Petang tu aku makan lele penyet di rm ayam penyet ria khas
ibu ruth. Kat Indonesia, RM adalah rumah makan, bukan ringgit Malaysia ye dik… Sedap
sambal die.
lele penyet
Lepas makan, ape lagi…. Shopping la… aku beli seluar BMW.. murah
je. Cume Rp189 ribu (rm55.75). kalau kat tempat kite, mau sratus lebih… Malam makan martabak telor. Rp30 ribu (rm8.85). besar
martabak die. Mase ngah makan martabak kat kedai tepi jalan tu, ada budah jual
koran (surat khabar). Kesian aku tengok, aku pun beli la walaupun x paham sangat
isi dalam die tu. Koran die cuma rp 2 ribu (rm0.59). tapi aku lebih. Aku bagi 4
ribu. Kesian sangat die…. Lepas makan, balik hotel. Rehat dan tido…..
zzzzzzzzzzzz
16 Okt 2013 (Day 2)
Morning… bagun pagi je, terus piker nk g shopping kat mane
lagi hari ni…. Ape2 hal, check out dulu. Nak g check in kat hotel lain pulak.
Hotel Fivee Staar 2. 1 night rp300 ribu (rm88.50). hotel smalam x slesa sangat.
Sebab dalam renovation. Hotel five staar 2 ni ok… selesa. Cuma tak x de lift.
Manual naik tangga. Aku ambik floor 4. Murah sikit. Kalu ambik floor bawah2,
mahal la sikit.
Breakfast aku cuma makan roti dan teh susu (kat sini tak de
teh tarik sebab die tak pandai tarik.. huhu). Makan dekat morning bakery. Dekat
je dengan hotel. Lepas breakfast, naik matahari mall… pusing2 ingat nak
shopping… tapi aku tanye org2 kat situ,
selain matahari mall, ade lagi tak tempat shopping… dorang cakap ader, di Pasar
Jodoh. Aku pun ape lagi, ambik teksi p sane. Tambang teksi Rp40 ribu (RM11.80).
tapi sebelum p sane, aku lunch dulu. Aku p makan kat warung cobain.. die bukan
warung sbenarnya, name die je. Die food court dalam matahari mall. Aku makan
nasi putih, ayam goreng, tumis kangkung, sayur asem, bandeng bakar, dan jus
melon… semua sedap.
food court @ matahari mall
Sampai di pasar jodoh., byk kedai2 jual barang2 kawin. Semua
murah2. Cantik2 pulak tu. Then, aku jalan2 lagi.. pusing2 mall2. Mall kat sini
murah2 berbanding kat matahari mall kat Nagoya tu. Kat sane aku beli telekong
dewasa, telekong budak2, langsir, kasut, dan beg. Rambang mata sebab semua
murah2. Tapi kene pandai tawar menawar la cik kak.. eh, kat sini kalau korang
nak tahu, saloon die murah giler2. Potong rambut cuma 2 ribu rupiah (rm0.59)!!
rebonding die pun x sampai rm30. Murah giler. Aku pun ape lagi…, ambik
ksempatan la… aku potong rambut, buat hair treatment, dan facial. Semua RP120
ribu (RM35.40). huhu…. Siap urut blakang lagi mase die wat hair treatment tu…
tak padan dengan harga. satu lagi, kalau korang dah sampai kat pasar jodoh ni, korang singgah la kat tanjung pantun. sane pun murah2 jugak, mgkin lebih murah dari pasar jodoh aku rase. cume aku x sempat nk pegi je. ape2 pun, kene rajin bertanye dan rajin bjalan, baru jumpa tempat2 besh shopping... ;)
Puas pusing2, dah penat dah, aku balik hotel. Kali ni naik
teksi cuma 35 ribu rupiah (rm10.35), dari pasar jodoh ke Nagoya. Sampai hotel,
aku rehat2 dulu sebab lepas maghrib nak kuar lagi. Maghrib kat sane dalam kul
6. Waktu die sejam awal dari waktu m’sia.. malam lepas mgrib, aku kuar lagi. Saje jalan2
ambik angin… malam tu aku balik bilik awal. Dah penat sangat kan… zzzzzzzz
17 Okt 2013 (Day 3)
Hari ni bangun agak lewat sikit. Bangun, siap2 dan terus
lunch kat rumah makan ayam penyet ria (rm ni je yang bleh naikkan selera makan aku!!). Hari ni x de ape sangat nak beli..
window shopping je. Mula2 memang la ingat nk window kan… last2 shopping
jugak!!. Tapi kali ni aku beli barang2 keperluan je. Minyak rambut, losyen,
lipstick, dan baju.. kat mall tu jugak
ade jual ole2 khas dari Indonesia. Aku beli bingka je. Aku beli yang kecik.
Cuma nak merasa. Harga die rp25 ribu (rm7.34). makan petang, aku cuma makan kat
bakery je. Sebab malam nanti nak makan lagi… lepas tu, balik bilik… dah boleh
pack barang slow2 sebab esok dah nak balik….
Malam lepas mgrib aku kuar makan. Kali ni saje nak merasa
makan kat kedai kat luar dari mall. Kedai tu nama ikan bakar warung Nagoya
& seafood. Aku makan nasi putih, udang masak butter, tom yam, dan petai
seafood. Erkkkk…, tak sedap sangat. kembang tengkuk aku. Huhuhu… harga die 166 ribu (rm48.97)… makan
pun x habis…. Kat situ jugak ade warung sate padang. B4 tak pernah try, so
teringin la nak try. Aku Cuma ambik 5 cucuk je. Just nak try kan. Eee… skali
lagi… x sedap jugak!!!!. Tekak x leh trima. Tapi aku tengok ramai je org beli
kat warung die tu. Siap beratur segala bagai lagi nak dapatkan sate die.. ceh,
ingatkan sedap… huhuhu… makan 1 cucuk je. Tu pun x abis. Kuah die rase lain
macam jerk. Daging die berbau. Huh!!. Nasib x baik malam ni… then, ape lagi…
balik bilik la… zzzzzzzzzzzzz.
18 Okt 2013 (Day 4)
Morning batam… today is my last day… ;). Pagi tu aku check
out dari hotel. Hurm, pagi tu tekak ni teringin pulak nak makan bakso. Then,
Aku makan bakso malang kat food court. Dah serik nak makan kat luar. Fuhhh…
sedap sangat. Aku ambik bakso dan es teh jeruk(kalau tempat kite the o ais
limau). Mula2, pelik jugak, es teh jeruk ni air ape… then aku tanye la. Die
cakap air teh dicampur dengan limau… rupenyerrrr…!!!.hurmm, ape2 je lah,
asalkan ko punye bakso sedap!.
Bakso Malang Bagelen
sebelum balik, ktorang sempat p window shopping kat jalan pasar belakang. tak taw name ape pasar tu. kat nagoya jugak la. kat situ byk jual gadget. murah2. tapi kne pandai survey dan tawar menawar la. kalau tak, x berbaloi la dik.. kalau kat kl ni, macam dekat pertama kompleks la tempat die. then, bila dah rase penat, ktorang ambik cab dan terus p batam centre. dah nak balik dah.. huhu. sepanjang pejalanan nak ke batam centre, sempat aku sembang dengan abg driver cab ni. saje nak share2 pasal kehidupan dorang kan. tapi, dalam byk2 cite yang die cite, satu je yang menarik perhatian aku. kat sane, kalau ade kes kecurian, hukumnnya bakar hidup2. dorang x ikut undang2. polis pun dorang tak takut. bile dorang dapat je si pencuri ni, terus bakar depan2 orang ramai. huh. sungguh tragis!.
tax nak balik dalam RM80. duit rupee dah abis wat shopping.. huhu.. rugi2. naik feri, masing2 terus lena....
sampai Johor, sebelum balik kl, ktorang singgah makan bubur nasik kat ... (hurm, lupe la name die). tapi best sangat. kalau p johor, x sah x p makan kat situ. lepas makan, terus bergerak balik kl. sampai kl lebih kurang pukul 12 malam jugak la.. tido2, esoknya nak keje!! nite semua..
macam biasa, kat bawah ni aku sertakan no. contact yang mungkin boleh menolong korang semua one day. mane taw kalau korang nak booking hotel ke kan..
Formosa Hotel
No.A8 City Plaza, Nagoya, Batam Island, Indonesia
Tel : +62 (0778) 42-6789 hp: +62 (0778) 704-6789
Homepage : http://www.formosahotel.com
Facebook : www.facebook.com/formosa.btm
e-mail: formosa@formosahotel.com
Fivee Staar 2 Hotel & Family Massage
Ruko Nagoya Hill, Blok E No. 1-2, Nagoya, Batam
Tel : +62 778 749 3878 / +62 778 749 3879
Hotel Nagoya Plasa
Jl. Imam Bonjol, Lubuk Baja – Batam
Hp : 0778 459 888
Great article.
ReplyDelete