selamat jalan...
Pejalanan dari KL ke medan lebih kurang 1 jam. So, ktorang
sampai dalam pukul 7.40 am (waktu Indonesia). Sampai sane, teruja jugak la
sebab airport die besar sangat. Cantik… dan nampak macam baru.. bila dah sampai dekat balai ketibaan, ktorang
punye guide x de. X de pun welcome sign utk ktorang… agak cuak gak ar. Call2
tak dapat.. cuak habis!. Then, duduk tercongok la tepi tiang. Alih2, dalam 15
minit lepas tu, welcome sign “Noor Aznam Shaari” baru la nampak. Die baru
sampai rupenye. 1st skali die minta maaf sebab terlewat. Dia tak
sihat hari ni katanya… ok la, tak nak spoil mood, ktorang wat slumber je la….
Sambil jalan kaki ke kereta, dia introduce himself. Andi nama die. Muda lagi. anak dah ada 3!
khusyuk andi dan danu dengar citer...
Teng Teng, Tung Tung, Kacang dan kerepek binjai pedas. ole2 medan
lunch time.... lunch kami dekat rumah indah 2, kawasan Permatang Siantar. kawasan ni banyak dihuni oleh suku kaum batak mandaling yang majoritinya beragama islam. suku kaum batak ni ada 3, Mandaling, Karo dan Toba. mungkin next entry aku cite serba sikit pasal orang2 batak ni eh...
selesai menjamu selera, ktorang meneruskan pejalanan ke tempat yang dituju. dalam pejalanan kali ni, pemandangan aku x terlepas dari perkataan
B1, B2 dan
BPK. haaa.. nak taw tak ape tu?? B1 maknanya
anjing, B2
babi dan BPK adalah
babi panggang karo. ni adalah makanan orang2 batak kat sini. kalau korang datang sini, jangan tersalah masuk kedai makan pulak ye. kalau die tulis perkataan tu, tok sah duk masuk la ye. kang cari pasal pulak... bile sampai sini, jangan terkejut bile korang tengok kedai makanan muslim bersebelahan dgn kedai makan B1, B2 dan BPK ni. kat sini dah biasa dah. dah macam tak de ape2. kembang pulak tengkuk aku ni duk citer hal ni. dah la eh.
panggang B2
then, ktorang lalu kat satu kawasan yang kiri dan kanan die dipenuhi dgn
pokok mahagoni (pokok tunjuk langit). danu ckp, batang pokok die orang wat piano (ooo baru aku taw...).. buah die aku taw la, boleh buat ubat.
now, masuk pula kawasan yang agak pedalaman sikit. ape yang menarik perhatian aku, senibina
kubur orang2 batak kat sini. kubur die
besar2, macam rumah. bagi orang2 batak, kubur menandakan tahap kekayaan mereka. kalau kubur dorang besar2, maknanya die ni orang kaya lah. dan sebaliknya begitulah. kadang2, kubur dorang lebih besar dari rumah yang mereka tinggal. tapi, kalau korang nak tahu, kubur orang2 batak ni bersepah sepah. diorang akan bina kubur di atas tanah mereka sendiri. x kiralah depan umah ke, belakang umah ke, tepi umah ke, dalam tanah kebun ke, tengah2 sawah ke... ikut suka dorang. mengikut danu, orang2 tua kaum batak ni memang telah
mewasiatkan anak2 die supaya membina kubur mereka di tengah2 tanah milik mereka, supaya anak2 mereka kelak tidak menjual tanah peninggalan yang ditinggalkan. yelah, sape mahu beli tanah yang ada kubur, ye dak.. pandai jugak orang2 batak ni kan... dorang tak nak anak2 die
bergolak begadai masa dorang tak de.
dalam suku kaum batak pula, orang
lelaki tak bekerja. yang bekerja adalah perempuan. bagi mereka, lelaki umpama raja. sebab tu, kalau orang tua ada anak lelaki bujang, mereka akan menyuruh anak die merantau. supaya, anak die boleh belajar berdikari. tapi, memang betul. sepanjang laluan masuk ke kampung dorang, aku tengok yang
perempuan je masuk kebun, angkat barang, dan buat kerja la. yang lelaki pulak duk sembang2 kat kedai kopi je, walaupun kedai kopi tu dekat dengan kebun. memang macam
raja lah!!.
haa... sekarang, dah masuk kawasan pokok
pines. maknanya dah nak sampai lake toba la ni. kulit pokok pine ni orang wat kertas, getah die orang buat thinner. byk sangat kat sini... 1st time tengok agak teruja jugak. huhu. ermm... akhirnya setelah puas duk dalam kete tu, dalam pukul 4.30pm ktorang sampai kat Lake Toba. ketinggian lake toba ni adalah
900 meter dari aras laut. sampai je, danu terus bagi kunci bilik masing2, katanya p berehat dulu. muka dah macam
tempe dah masing2. ;).
hotel yang ktorang duk ni ialah
Patra Jasa, Parapat, Lake Resort. view die menghadap lake toba. memang santai dan cantik sangat. suhu kat sini pulak memang sejuk.
Patra Jasa Parapat Lake Resort
lepas snap pic kat depan tu, ktorang terus masuk bilik.
penat sangat. nak rehat2 dulu. tapi, pukul 5.30 ktorang kuar nak ambik gambar... sebab takut tak sempat kan..kena curi2 masa la..
Lake Toba
Mengadap Samosir Island
kami..
dan kami lagi...
lagi2 kami...
ehem3...
Lake Toba view
kami pencinta alam (sebenarnya kami yang bercinta.. hehe)..
mendamaikan...
kami berjiran... tapi....... jeng3!!!
intai jiran jap.... haaaa... pigidaaaaa.. huh!
saje-saje..
dinner3... hurm... memang sangat dinantikan. sebab dah lapar sangat dah eden ni. dinner pukul 7pm kat hotel. pekena
sup dia yang panas2, memang best...
dah x de kejo, cari kejo lah ekau yo..
namanya kan turist, layananya mesti kelas gitu pakkkk.....
hurm... lepas makan, nak balik bilik. sebab kat sini tak de ape2 aktiviti yang boleh di buat. ada bilik
karaoke, tapi mase tu ada orang guna la pulak... huhu.. dah lame tak test sore ni. ngeh2. haa.. sebelum masuk bilik, sempat ktorang jadi
pakguard meround keliling hotel malam2. saje ambik angin malam. dengan
sejuk dan memang mendamaikan. sunyi sepi dan x de dengar hiruk pikuk kota. then, zzzzzzz. nite sume.
15 Nov 2013 (Day 2)
Bangun pagi, terasa sejuk sangat.. tapi gagahkan juga sebab pagi ni nak kene check out. ape2 pun, breakfast dulu... breakfast pagi tu pkul
7am.
bye 102, 103
breakfast
bye PatraJasa..
Lepas breakfast, dalam pkul 7.30 am ktorang naik kete p
ajibata. Tempat nak naik bot ke Pulau Samosir. Dalam pejalanan nak p sane,
ktorang lalu Panatapan (tempat menatap keindahan Lake Toba sambil minum kopi)
dan pekan Parapat. Nice jugak view die dari panatapan ni. Tapi kene hati2 pilih
kedai kopi, sebab kat sini lebih 95% adalah kristian. Anjing dah jadi macam
kucing dah kat sini.
Panatapan
Sampai kat ajibata, Danu park kete dan ktorang jalan kaki nk
p ke bot. sambil jalan, sambil tengok keadaan sekeliling. Agak kotor kawasan
die. Tekak dah mula rasa loya2. Mau nye tak, bersepah sepah kedai B1, B2 dan
BPK. Siap ada yang bgantung depan2 kedai lagi. Pasar pork dan anjing pun ada.
Ramai pulak yang duk tunggu nak beli… huhu.. ahhh abaikan!!
keadaan jalan yang becak
Sampai kat tempat bot, ktorang kene tunggu sebab bot
bergerak pkul 8.30am. sambil tu, possing la… tapi ktorang x p jauh dari bot.
takut dengan keadaan persekitaran die. Just possing dekat2 dengan bot je.
public boat menuju ke Samosir Island
8.35am barulah bot bergerak ke Samosir Island. Kebanyakan
orang atas bot tu adalah penduduk sekitar. dorang p sane utk menjual hasil
pertanian, ikan, kuih muih dan nasi kat pulau samosir. Sebab kat pulau samosir
ada pasar. Jadi, atas bot yang ktorang naik tu, banyak barang2 jualan yang
mereka bawak utk ke sana. Tambang bot aku tak tahu, sebab ktorang punya dah
termasuk skali dengan pakej. Danu yang bayarkan utk ktorang. Sepanjang
pejalanan menerusi tasik toba, aku rase agak teruja sebab view die cantik…
Hotel di pinggir Danau Toba yang bercirikan rumah suku kaum batak
ragam atas bot
Samosir Island, Indonesia
nice view
Lebih kurang pukul 9.15 am, ktorang sampai di Kampung Tomok
(yang bermaksud “gemuk”). Sampai sane je, ktorang dapat sedikit briefing dari
danu. Berkenaan sejarah orang batak toba
di sini. Agak menarik perhatian kami. Sharif asyik dengan kamera Nikon
die tu. Aku dgn yang lain2 kejap2 anguk…
kejap2 angguk.. tanda paham dengan cerita danu.. dah macam dalam kelas sejarah
pulak. Hehe.
khusyuk...
one thing yang korang perlu tahu, kat sini perkataan HORASSS tak bleh ditinggalkan. horas ni maksud die ucapan greeting la. macam, selamat pagi, petang, malam, selamat sejahtera, selamat membeli belah dan semua la. haa, kan senang guna one word je. perlu korang tahu jugak, horas ni adalah greeting utk kaum batak toba je taw.
Horas
Lepas dapat penerangan dan ktorang tahu serba sedikit pasal
orang2 batak kat sini, barulah danu bawak kami pegi melawat rumah tradisional
orang2 batak. Sekali pandang, macam rumah orang minagkabau kan… tapi,
sebenarnya lain.. kalau rumah minangkabau, runcingn atapnya seperti tanduk kiri ke kanan, dan kalau rumah tradisional orang batak, runcing atapnya dari depan ke belakang.. tapi yang depan mesti lebih tinggi dari yang belakang.
tapi ape yang menarik dengan reka bentuk rumah ni adalah die
dibina tanpa menggunakan paku. Sebaliknya hanya menggunakan pasak.
Rumah
tradisional orang batak sebenarya ada 3 tingkat. Tingkat pertama digunakan
untuk memelihara haiwan ternakan dorang. Cth, anjing, babi, ayam, lembu dan
kambing. Tingkat kedua adalah untuk kediaman tuan rumah. Tingkat ketiga adalah
untuk hasil pertanian mereka. Cth, padi, sayur2 dan buah buahan. Sebab utama
hasil tani berada di tingkat paling atas adalah untuk mengelakkan ianya dicuri.
Kerana, sekiranya ada pencuri yang ingin mencuri hasil tani mereka, si pencuri
akan melalui tingkat 2 yang mana dihuni oleh tuan rumah dahulu sebelum dapat
naik ke tingkat 3.
Pintu rumah tradisional orang batak toba dibina dengan saiz
yang kecil. Ini kerana, orang batak toba sangat menghormati tuan rumah. Jika
seseorang datang ke rumah, sebelum masuk, die mesti tunduk membongkok untuk
melepasi pintu yang kecil. Jadi, tunduk membongkok itu adalah satu penghormatan
kepada tuan rumah.
setiap rumah orang batak juga mesti ada hulubalang atau Tung-Tung. hulubalang/Tung Tung ni diperbuat dari buluh atau kayu dan digantung pada rumah masing2. hulubalang ni diketuk sebagai tanda ada kes kecurian or emergency. cara untuk bagitaw/mengumpulkan orang2 kampung la. yela, dulu kan mane ada handset.
Replika hulubalang/ TungTung
Tung Tung
satu lagi, kalau korang nak tahu perbezaan antara rumah orang batak yang dari golongan kebanyakan dengan yang dari golongan raja2, korang tengok pada warna rumah tu. kalau rumah yang dari kalangan raja2, warna rumah die mesti ada warna merah, putih dan hitam. ada la maksud2 die tu, aku lupe. huhu. dan satu lagi mesti ada gambar muka orang garang kat depan rumah die. simbol untuk menghalau hantu atau ape-ape unsur jahat dari masuk dalam rumah die. bagi menakut nakutkan gitu. kepercayaan die la.
kalau korang nak tahu, rumah ni x de bilik. die macam rumah panjang kat sabah sarawak. boleh tinggal dalam 4-5 buah keluarga dalam sebuah rumah. yang menariknya, yang tua mesti tidur belah belakang, dekat dengan dapur. yang muda2 dan baru kawin tidur belah depan. memang die punya adat mcm tu. tapi, sekarang ni dah tak ikut adat tu dah. sekarang ni satu rumah, satu keluarga. rumah2 ni masih dihuni oleh orang2 batak toba kat sini, sebab tu ktorang just boleh tengok dari luar je. tapi dorang masih mengekalkan reka bentuk asal rumah tradisional mereka.
Rumah tradisional orang batak toba yang dari kalangan org kebanyakan
Rumah tradisional orang batak toba yang dari kalangan raja2
cube tengok kat depan umah tradisional orang batak toba yang dari kalangan raja2 tu, prasan tak ada patung berbaju hitam? haa, patung tu name die Sigale gale. die anak raja sebenarnya. kat sini juga ada pertunjukan tarian sigale-gale. kene bayar 80ribu kalau nak tengok.
ada ciri-ciri penari sigale-gale tak??
after that, danu bawak ktorang p melawat makam diraja. sebelum masuk makam, ktorang kena pakai selendang yang telah dikhaskan. sebagai tanda hormat. name selendang ni ialah ulos.
Makam Raja Sidabutar
Tata tertib pengunjung
kene pakai ulos
bila masuk, danu suruh ktorang ucap horas sebanyak 3x sebagai tanda greeting. ucap ramai2 sambil angkat ulos. tapi, kene ucap dengat kuat dan bertenaga. kalau tak, danu suh buat lagi. memang ar, group ktorang kena buat 2 kali baru jadik. mula2, biasalah, segan silu gitu... sore pun x kuat. konon ayu kan! x pasal2 kene buat semula. huh!
horas! horas! horas!
bile dah selesai greeting, danu suh group ktorang duduk kat kerusi yang telah dikhaskan. die nak bercerita pasal Raja Sidabutar dan kaum kerabat raja yang lain. tabik ar dengan danu ni. die ingat satu2 name raje2 yang panjang2 dan belit2 lidah eden ni nak menyebutnye.
Makam Diraja
selesai bercerita, group2 lain dah mula masuk. ktorang ape lagi, nak cabut la.. tapi kene greeting horas dulu sebelum balik...... rase excited sebab dapat rase satu pengalaman yang baru...
Horas! horas! horas!
korang nampak tak gambar ape kat tiang pintu gerbang tu? tu sebenarnya lambang orang batak. cicak, breast dan pahlawan.
cicak - orang batak diumpamakan sebagai cicak. boleh hidup di mana-mana.
breast - orang perempuan batak sangat terkenal dengan kesuburan. seorang wanita batak boleh menyusu anak2 tanpa bantuan susu formula. mase dulu2, terdapat satu keluarga yang mempunyai 27 orang anak dan ibunya menyususkan kesemua anak2nye sendiri. orang batak juga terkenal dengan bilangan anak yang ramai. jadi, org2 batak ni percaya bila ank2 sudah besar dan pergi merantau, anak2 akan balik disisi ibu die juga akhirnya. dan sebab tu, simbol cicak dibuat menghala ke breast. maknanya ke mana saja die pergi, die tetap akan balik ke sisi ibu die.
pahlawan - orang-orang batak adalah darah kepahlawanan. semangat keperwiraan sangat tinggi dalam diri orang2 batak.
Lambang orang batak
anak2 murid cikgu yang rajin
selepas melawat makam diraja, aktiviti adalah bebas. boleh pusing2 tengok keadaan sekitar perkampungan batak. ktorang bergerak dalam group p pusing2, ktorang tengok kat board, ada muzium orang batak. ktorang pun ape lagi, p serbu la...
Batak Muzium Tomok
gambar berlatarbelakangkan muzium batak
muzium versi dekat
kat muzium ni, kite boleh masuk. free je. tak yah bayar. yela, nama pun free kan. tak kan kene bayar pulak. huhu.. dalam tu, macam2 barang yang menggambarkan kehidupan sebenar orang2 batak kat sini. barangan kraftangan orang2 batak pun ada dijual dalam ni.
barangan kraftangan yang dijual
korang jugak boleh try pakai pakaian tradisional orang2 batak yang ada dalam muzium ni. tapi, kalau nak pakai, kene bayar 10 ribu rupee, duit masuk tabung. pakaian die cenggini ler...
pahlawan batak versi malaysia
sebelum meninggalkan bumi samosir, aktiviti last ialah pusing2 melihat kedai souvenir. horas, perkataan yang dimestikan kalau nak membeli dan tawar menawar. tapi, kalau korang dah start menawar, korang kene dan terpaksa beli. orang2 batak ni die garang sikit. kalau korang tak beli, die marah. aku senang je, die offer ape2, aku tolak je cara baik. lagipun, danu cakap harga yang ditawarkan kat sini agak mahal berbanding dengan yang ditawarkan di bandar medan. so, aku just cuci mata sambil tengok dorang punye lifestyle.
sekitar pulau samosir
cuci mata
now, dah sampai mase utk ktorang bergerak balik ke ajibata dan mereuskan pejalanan ke next place pulak.. bye samosir island. horas! horas! horas!
selamata jalan
meninggalkan bumi samosir
lebih kurang pukul 11.45am, ktorang sampai di ajibata, parapat. sampai sane, terus naik kete dan menuju ke sebuah restoran masakan minang untk lunch. nama restoran tu ialah restaurant istana minang.
santapan minang
lepas makan, ktorang meneruskan pejalanan ke
Berastagi melalui jalan jepun. kecik je jalan die. betul2 boleh muat dua bijik kete. jalan ni dibina oleh tentera jepun semasa pemerintahan jepun dulu. sebab tu nama jalan ni, jalan jepun.
dalam pejalanan, danu stop kat
Tanjung Unta. dari atas boleh nampak pulau unta (bentuk die macam unta).
Tanjung Unta
tak ketinggalan, ktorang ambik peluang untuk try buah kopi yang masih fresh kat pokok. so, danu singgah jap kat ladang kopi. buah die manis. kat sini banyak kopi yang ditanam untuk tujuan komersial. yang kitorang sempat tengok, kopi arabica dan kopi robusca. kopi arabica biasanya diproses untuk dijadikan kopi starbuck dan kopi kapal api. kebanyakan penduduk kat sini tanam kopi rabusca yang mane hasil dapat dituai dalam mase 3 bulan. proses pembuatan kopi adalah; kopi dituai, kemudian dikeringkan, dan kemudian di panggang dan barulah ia dimesen menggunakan pengisar dan alat2 yang berkaitan.
buah kopi
sepanjang jalan, ktorang dapat tengok macam2 jenis pokok kayu. antaranya pokok pines dan pokok kayu putih. pokok kayu putih ni digunakan untuk buat minyak angin. tak sempat nak snap pic. sebab dalam kete kan.. sama macam semalam, ktorang tengok orang perempuan batak giat duk bercucuk tanam kat kebun, orang laki pulak duk sembang2 kat kedai kopi bersebelahan dengan kebun si perempuan ni buat keje.. almaklumlah, raja kan, x leh wat keje la... (ade ke camtu??). lantak korang la eh.
bagi mengelakkan kami rase bosan, danu x berenti renti duk cite pasal tu, pasal ni.. hikayat tu, hikayat ni... sampai la main teka teki. kecoh dalam kete tu. haa.. cube teka, kalau kereta kat M'sia, roadtax die di tampal kat cermin depan kan? kalau kat indonesia, die letak kat mane?? hurm.. jenuh ktorang pikir. macam2 jawapan yg kluar. pintu depan la, pintu belakang la, side mirror la. macam. sampai ada yang bg jwapan, memang tak de roadtax. serabai punye jawapan... alih2, jawapan die ada dekat no plat kete. maknanye, kat sini, no plat kete kene tukar setiap kali nak renew roadtax la.
Julai 2017
sedar tak sedar, ktorang dah sampai ke kawasan yang paling tinggi. sejuk je rase. kawasan tu name die Simarjarunjung. kat sini yang menariknya ialah teh halia + pisang goreng dan kopi luwak (kopi taik musang). disebabkan menu terkenal kat sini teh halia, danu siap tunjuk kat ktorang bahan2 yang diperlukan dalam membuat teh halia. rase die pedas dan berangin. erkkk, x habis pun aku minum.. kopi luwak die agak sedap. ada sikit je tak abis.
Simarjarunjung
kopi luwak
Teh halia + pisang goreng
bahan2 untuk memproses teh halia
Restaurant @ Simarjarunjung
lebih kurang setengah jam ktorang brenti minum sambil menikmati
view dari atas, ktorang pun teruskan pejalanan more and more. dalam hati, aku berkata, "jauh jugak pejalanan dari satu tempat ke satu tempat eh, dah la jalan die tak berapa elok".. tapi, tak kesah la, bukan aku yang drive pun. huhu. menurut danu, Sumatera merupakan tempat yang paling banyak ada
gunung berapi yang masih
aktif. kira-kira 22 bijik. di samosir island ada 1, berastagi ada 2, padang ada 7, riau ada 1, palembang ada 1, dan banyak lagi lah. bila si danu cakap pasal gunung berapi, teringat pulak soalan aku pada andy bile 1st day sampai medan ni. "tempat yang kite nak pegi ni dekat tak dengan kawasan gunung berapi??"... andy senyum dan gelak. mungkin dei nampak muka aku
cuak kot. 2 3 hari sebelum mai medan, aku tengok berita pasal gunung sinabung dan sibayak melutus. tapi aku tak tahu kat mane. yela, Indonesia kan luas. tu yang aku tanye andy tu. ermmm, jawapan die..... "memang kite nak pegi sane pun!" mak aihhh..., dalam banyak2 tempat, situ jugak yang masuk pakej. tapi, die cakap "tak pe, gunung tu tak meletus pun, cuma keluar asap je. tak merbahaya pun". then aku jawap "ok", walaupun dalam hati memang tak ok!.
then, ktorang dah masuk kawasan batak karo. greeting untuk kaum
batak karo ni "
MEJUAH-JUAH". kalau tadi, horas untuk batak toba, sekarang mejuah-juah pulak. orang batak karo ni
uniknya bila meletak nama anak. die akan letak nama anak bedasarkan ape yang dilihat dan difikirkan cantik bagi die. contoh, bunga, lori, kereta dan macam2 la. sampai nama yang pelik2 pun ada.
next stop, ktorang brenti kat
Sipiso-piso waterfall. waterfall ni terletak di Kampung Tonggeng. ketinggian waterfall ni adalah lebih kurang 100 meter. tinggi kan... kawasan die pun sejuk. kena tempias air terjun sipiso-piso. kat sipiso-piso waterfall ni juga merupakan penghujung kepada lake toba. so, maknanya besar kan lake toba... danu cakap, kalau nak turun sampai kaki waterfall pun boleh, kalau nak tengok dari dekat, tapi nak turun sampai sane, lebih kurang 1 jam. nak naik, tak tahu la pulak bape jam...so, ktorang malas nak ambiik risiko, tengok dari jauh jelah.
lagi satu, berhadapan dengan sipiso-piso waterfall ni, boleh nampak
Gunung Sinabung yang dikatakan meletus baru-baru ni. tapi sebenarnya die tak meletus, cuma keluar asap je. ketinggian die lebih kurang 2400 meter.
Penghujung Lake Toba
view penhujung lake toba dan sipiso-piso waterfall
we was here!!
buat ape tu cik abang??
Sipiso-piso waterfall
Danu, Babak, dan Sharif
Berlatarbelakangkan Gunung Sinabung
macam biase, lepas stop, ktorang teruskan pejalanan lagi... berapa banyak terus daaa.... sepanjang jalan, aku tengok banyak kebun-kebun
sayur eg: tomato, potato, kubis, terung, limau manis, carrot dan byk lg lah.. al maklumlah, tanah die subur kan,
tanah gunung berapi katakan... tanam ape pun menjadi. ye dak.. jangan tanam hati dah la kat sini, takut nanti sangkut pulak dengan mat2 dan minah2 karo ni.. kang wat nanye je!!
tapi, kalau nak try, ape salahnye kan... wife danu pun orang batak jugak. batak toba. tapi die dah masuk islam lepas kawin.
dalam pejalanan jugak, ktorang nampak gunung berapi
sibayak yang juga masih aktif. yang aku cite tadi tu la, yang dikatakan
meletus tu. tapi, dari jauh aku nampak just keluar debu dan asap je. dari dekat, tak tahu la macam mane kan....
banyak pekan2 kecil yang ktorang lalu, macam pekan
tiga panah dan pekan
kabanjahe. bile lalu kawasan pekan, baru la boleh tengok suasana kehidupan dorang sehari-hari... rase bertuah duk di bumi malaysia. ceh, tibe2 pulak mai perasaan patriotik. hehe..
batak karo
sekitar pekan
keadaan jalan raya yang sesak
lebih kurang dalam pukul 5 petang, ktorang dah masuk kawasan Berastagi. maksud berastagi ni sebenarnya ialah beras wangi. di berastagi, boleh dikatakan muslim dan kristian adalah
50-50. kat sini ramai yang dah
kawin campur.
cakap pasal kawin campur, teringat pulak aku kat penyanyi top Indonesia, KD or
Kris Dayanti. Die kan muslim, husband die kristian… boleh ko mcm tu?? Then,
aku tanye la kat si danu ni. Danu cakap, kat
Jakarta tak de halangan kalau kawin
lain-lain agama dan tak de paksaan dalam beragama. Means, tak pe kalau kawin
dengan org bukan islam tanpa convert ke islam terlebih dahulu. Anak yang
dilahirkan nanti jadinye
tak de agama la. Bile umur die capai 18 tahun, baru la
boleh pilih agama mane yang die nak. Cenggitu pulak ye.. tapi, berbeza pula
dengan kat
Medan. Kat medan, kene pilih salah satu agama. Means, kalau kawin
dengan org kristian, die kene convert ke islam dulu baru bleh kawin. Macam danu
and his wife la. Wife die kristian (batak toba), tapi sekarang dah masuk islam
dah. Sempat gak danu cite pasal
kisah cinta die dengan wife die dulu2… heheh….
Lebih kurang dalam pukul 6, ktorang dah makin hampir dengan hotel. Rase penat pulak. Tapi, sebelum check in, ktorang singgah dulu kat Pasar
Buah. Kat sini banyak sangat buah2 yang fresh. Semua ditanam oleh orang2
tempatan. Aku sempat jugak beli buah limau manis, mangga madu dan mangga susu…
Pasar Buah
beli buah
Ermmm… suhu kat berastagi memang sejuk. Lebih sejuk dari
Tasik Toba. Jalan2 kat pasar buah terasa macam duk Cameron Highland. Sejukkkk…
sejuk2 cenggini, pekena jagung rebus panas2, sedap jugak. Haa, kat sini banyak
warung jual jagung rebus manis. Tapi kena pilih yang halal la… kalau korang nak
naik kuda pun boleh. Die bawak g pusing2 area situ. Tapi kene bayor la ye. Ktorang
tak naik pun, just makan jagung je kat situ….
makan jagung manis rebus
kuda
lepas tu, ktorang lansung ke hotel. ktorang duduk hotel
Horrison Berastagi, bilik 303 & 304. nice view dan suhu die memang sejuk giler. tak ade aircond n kipas. pukul 7 malam, dinner.
muka kelaparan
antara menu dinner kami
after dinner, time untuk rehat2. ktorang makan buah2 yang dibeli kat pasar tadi sambil menikmati view hotel die yang cantik. then, barulah ktorang masuk tido......zzzzz
16 Nov 2013 (Day 3)
nak bangun pagi2 di Berastagi, memang liat. sejuk2 sedap dalam selimut... ekeke.. tapi, pagi tu dah janji ngan danu nk p mandi
sulfer di kaki gunung
Sibayak. gunung berapi tu la.. harap2 tak de ape2 yang berlaku... nampak sangat takut kan... sebenarnye, mandi sulfer ni tak termasuk dalam
package ktorang. tp. ktorang tambah sendiri. keno bayo 300 ribu Rp untuk sebuah kete... saje nak merasa. bile lagi kan.. dah alang2 sampai. tapi, sebelum tu, ktorang breakfast dulu kat hotel...
menu bf kami
lepas breakfast je, ktorang langsung ke kaki
Gunung Sibayak. rase teruja jugak sebab nak p dekat kan.
Dalam pejalanan ke sana, ktorang boleh tgk rumah2 batak karo
yang kecil dan sempit.. tgk lifestyle dorang,.. dan tengok kubur yang grand2
ala2 rumah orang kaya….
rumah orang batak karo
Makin dekat dgn kawasan gunung sibayak, bau sulfur makin
kuat…
view Gunung Sibayak dari jauh..
sampai je sana, ktorang beli scrub debu gunung berapi sibayak. 1 paket cuma
5 ribu rupee aje. Die baik utk kulit. Ingat nak bawak balik m’sia, tapi takut
kena tahan kat airport, sebab die paket2 debu, nanti kan orang ingat dadah
pulak… huhuhu… ;).. kat sane banyak kolam2 air panas yang telah diubahsuai,
tapi air panas dan sulfur masih lagi semulajadi.
dah sampai!!!!
kolam2 air panas belerang yang terdapat di sini
kolam sumber mata air yang mengandungi sulfer sebelum dialirkan ke kolam2 lain
view dari dekat
amacam bro...? macam takut je nak masuk.. ambik mood eh?
danu pun satu... main acah2 pulak die
die dah mari sronok lah tu..
kami yang berlatarbelakangkan Gunung Sinabung
kami nak jadi micheal jackson!!
Subhanallah...
bye bye
2 jam ktorang
santai2 kat sane, time to balik hotel la
pulak. On the way balik, ktorang nampak ramai pekerja
Pertamina tengah buat
something kat kaki gunung sibayak. Siap dengan lori2 lagi.. rupenyee, danu
cakap, dorang tengah ambik
gas dari gunung tu untuk di buat gas memasak. Gas
Pertamina tu sebenarnya di ambil dari gunung ni la.. satu lagi, air mineral
Aqua (jenama air mineral no.1 di Indonesia) juga di ambil dari sini. Indonesia
ni banyak sumber sebenarnya, tapi mungkin disebabkan penduduk yang ramai dan
kekurangan tenaga mahir, Indonesia kurang mengeksport hasil negaranya. ceh, dah macam lecturer pulak aku ni.. lalalala
Stesen Minyak Pertamina
Aqua
Sampai hotel, perkara pertama skali aku buat, mandi….
Sisa2
sulfur melekat kat badan dan baju… pastu, siap2 nak
check out. Sebelum
tinggalkan hotel, sempat lagi ktorang snap pic kat area2 hotel. Dari sampai
semalam, belum sempat lagi nak snap pic kat kawasan hotel…
Horison Berastagi
tulun! tulun!.. u nak bawak i p mano ni?
swimming pool
Selesai acara bergambar, ktorang menuju ke Taman Sari Alam. 10
minit je dari hotel. Mula2, ingatkan taman, tapi bile sampai, rupenya die
temple Buddha. Jalan masuk ke temple tu dipenuhi dengan kebun avocado, tomato,
strawberi, kubis dan macam2 sayur lagi lah.. Temple tu kaler gold. cantik.
Nasib ktorang kurang baik hari tu, sebab tak dapat masuk ke dalam temple.
Sebab, mase tu ada upacara keagamaan sedang berlangsung. So, orang awam tak
dibenarkan masuk. Tapi x pe, sekeliling temple tu, ada taman. So, ktorang just
pusing2 situ je la…
Taman Sari Alam Lumbini
view dari taman
love @ jambatan gantung
pokok avocado ~macam pokok mangga~
lupe nak bagitau, kalau korang p berastagi bawak anak2 or budak2, korang boleh pegi ke
theme park. korang juga boleh menginap di hotel kat situ. kalau korang duk
hotel kat situ, dapat la diskaun bile nak masuk theme park tu. tu yang danu cakap la. ktorang just lalu je depan tu, sempat snap pic dari dalam kete.
theme park
Berakhir di Taman Sari Alam, so maknanya berakhirla aktiviti
dan pejalanan kami di Berastagi…. Sekarang, pejalan ke Bandar Medan
diteruskan….. zzzaaaaaaassssssssssss!!!
Zass, zass jugak, perut dah lapor ni. Ktorang punya lunch
dah disediakan di
Hillpark, daerah
Sibolangit. Sedap makanan die. Not bad. Tapi
satu je, mase tu die tanye nak air ape… aku jawap air tea suam. Die tanye lagi…
teatong?? Aku just iyekan je la.. aku pun tak tahu ape tu
teatong.. dalam pikiran
aku, ingatkan tea suam tu die panggil teatong… alih2, bile sampai, air tea
kelat. Langsung tak campur gula… huhuhu… terkena eden!!. Danu cakap, teatong
merupakan minuman yang agak
femes di daerah Sibolangit. Erkkk, biorla x merasa
yang femes pun,… aku mintak jus avocado
pulak…. Hehehe..
before
after
dannn... inilah hasilnya. (tengok tang peyot tu!!)
Perut dah kenyang, tido pun sodap ni… erm…, kejap2 tido,
kejap2 jaga.. kalau tido, sayang pulak. Nak tengok keadaan sekeliling kan.
dalam pejalanan, banyak org jual kelawar yang masih hidup (kat sane, dorang
panggil ‘kalong’). Menurut danu, kalong ni boleh buat ubat. Antaranya asthma.
Sampai Bandar Medan, tempat pertama ktorang tuju adalah
Galeri Jati. Kat situ banyak perabot jati dipamerkan. Nak beli pun boleh.
Souvenir yang berasaskan jati pun ade. Macam keychain, freeze magnet, pen dan
byk lagilah. Ape yang best kat sini, galeri ni macam
rumah. Setiap bilik dan
ruangan rumah ni dipenuhi dengan
deko yang berasaskan jati. So, senang nak
tengok die punye perabot. Kat sini ktorang tak beli pape pun. Just tengok2 je.
Sempat gak ktorang tanye, macam mane kalau nak beli and nak bawak balik m’sia..
hehe.. saje tanye, mane tahu ade rezeki nanti kan…..
galeri jati
Selesai window jati, ktorang langsung ke
Istana Maimoon.
Luas kawasan die. Orang awam dibenarkan masuk dan boleh tengok suasana dan
cerita sebenar mengenai
salasilah keturunan raja kat situ. Kat istana ni jugak,
korang boleh
sewa baju istana dengan hanya 10 ribu rupiah (RM 2.85) sepasang.
Boleh pilih warna kalau nak. Kalau nak suh die ambik gambar, tambah 10 ribu
lagi utk 1 keping.
ewah2... mak inang n pak inang nih!!
hihihi..
cewah!!
ni dah lebih bang oii!! (yang dlm frame tu merupakan sultan sekarang. umo baru 13 tahun)
bersama waris sultan yang masih ada
ape yang dapat aku perhatikan, kaum kerabat raja kat sane memang
berbeza dgn tempat kite. kat sane dorang terabai. kalau kat tempat kite, dorang hidup senang lenang, dgn elaun la, ape la.. tapi dorang kat sane tak. kesian aku tengok kat waris sultan tu, die pulak yang
beria-ria snap pic kat pelawat. dengan harapan nak dapatkan
tips. kalau ade pelancong asing, die akan
cerita pasal salasilah keluarga die dari awal sampai akhir. dari situlah die dapat duit belanja. die sendiri yang cite kat ktorang. die cakap, setiap hari die akan
entertain pelawat dengan bercerita dan tolong snap pic.
Hurm.. dah puas berlagak macam
raja dan
permaisuri, ktorang
langsung ke
Gedung Batik dan Telekung. Danu cakap, kat sini harga kain batik, telekung dan
kain pasang agak murah. Boleh tawar menawar lagi. Aku beli telekung sulam warna
5 helai, cuma 1 juta rupiah je (RM285). Kain batik 5 helai Cuma 300 ribu (RM85.50)
je. Kain batik no.1 tu… Ok la tu kan…
Gedung Batik & Telekung
kain pasang
Telekung & Kain batik
Then, ktorang saje mintak nak pegi kat die punye mall. Saje
nak survei2 barang la konon. Danu bawak ktorang p Medan Mall. Kat tepi2 Medan
Mall ada pasar2 jual tas (beg tangan) dan sepatu (kasut).. harga kat pasar tu
murah2 dan boleh tawar menawar. Tp ktorang just p jalan2 je kat situ.. eh, aku
sempat beli alas meja la.. ada sulam warna lagi. Cantik. Cuma RM5 je. Besar
jugak saiz die.
Habis shopping and cuci mata, perut dah mula rase lapar..
then, danu bawak g dinner kat
Restoran Simpang Tiga, masakan
minang.
Restoran Simpang Tiga
Aktiviti untuk hari ni dah
tamat… so, dah penat, ktorang check in kat
Hotel Antares. Selesa jugak hotel
die., yang penting dapat tido je kan… sebelum tido, aku sempat fill up
questionnaire yang danu bagi. ni untuk company die buat survey tahap kepuasan customer die la. overall, memang best dan sangat
puas hati!!
questionnaire
mata dah tak boleh bukak, jom tdoooo.... nite!
17 Nov 2013 (Day 4)
Morning medan… last day kat medan.. huhuhu… tapi, pagi ni
aktiviti
bebas.. petang baru balik. Ape2 pun, breakfast dulu cik kak… ngah
breakfast, ktorang
plan nak g mane. Kena plan betol2, sebab tempat orang kan..
our breakfast
Lepas bf, ktorang keluar kat depan hotel, nak snap pic.
Kebetulan, kat depan hotel tu ada sebuah
becak (motor roda tiga), kira
public
transport kat sane la.. bincang punye bincang dengan pak cik tu, die kira sejam
25 ribu rupiah (RM7.12), ikut kite nak pegi mane pun. Die bawak. Ok la kan.
Hotel Antares
becak
first sekali ktorang p
muzium negeri. Tiket masuk cuma 1 ribu rupiah (RM0.28) per pax. Tapi kebetulan ktorang tak
de duit kecik, ktorang bagi RM1per pax. Bersorak yang jaga kaunter tu. Klakar
pulak aku tengok mase tu. Rezeki die la kan. dalam muzium tu, aku suke tengok
sejarah orang2 batak. Sebab kat tempat lain x de. Tapi, korang jangan terkejut,
dalam muzium ni ade bahan pameran yang dikatakan agak
keras dan berpenunggu.
Pak cik supir tu la cakap. Die siap bawak ktorang p tengok lagi. Tapi aku takut
nak ambik gambar, takut melekat pulak dalam gambar tu nanti. Kalau korang p,
korang hati2 bile dekat dengan bahan pameran yang die tunjuk suasana
jual beli
orang dulu2. Yang ada lelaki
cina sebagai penjual dan pembelinya sorang
perempuan
melayu. Pak supir cakap, kalau malam2, patung lelaki cina dan patung
perempuan melayu tu seakan akan hidup. Wallahualam…… ape2 pun, aku teruja dapt
p muzium tu, sebab aku rase sejarah orang batak dan orang melayu dulu2 agak
menarik perhatian aku….
muzium negeri
Lepas tu, ktorang p ke
Muzium Perjuangan Tentera Nasional
Indonesia (TNI). Nasib tak menyebelahi kami hari tu. Muzium TNI tutup pada hari
minggu. Ingat nak snap pick at depan signboard je kan. tanda dah sampai la
kononnya. Tapi, die punye pak guard suh masuk ambik pic kat dalam.. baik pulak
pak guard ni.
Babak aku ni ape lagi, bile dah boleh masuk dalam, die p jumpa
dengan one of the
army yang ade kat dalam tu and kenalkan diri die. Aku ikut
belakang je la. dorang sembang2 kat situ then snap pic same2. lepas je selesai begambar, die nak tengok gambar tu. then, aku tunjuk la kat die. die senyum je. hurm, alih2 die siap ajak masuk bilik
tetamu nak sembang2 dan jamu air lagi. nama die
sarjen Ahyar. die cakap, die bukan ape, pernah terjadi satu kes, ada sorang pengunjung wanita ajak bergambar dgn die depan muzium tu la. prempuan tu nak bgambar dengan meriam yang ada depan muzium, die dah cakap,
meriam tu agak keras sikit. tapi, prempuan tu bkeras nak ambik gak gambar kat situ. nak tak nak, die izinkan la. lepas tu, die mintak nak tengok pic yang diambil. terkejut die bile tengok gambar tu tak same dengan ape yang sebenarnya. muka prempuan dalam gambar tu berubah jadi
garang dan bengis dengan rambut kusut masai. padahal sarjen tu cakap, prempuan tu cantik sangat. satu lagi, mase gambar tu diambil, sarjen dan prempuan tu duk dekat2. tapi dalam gambar tu duk jauh2. memang
menyeramkan. lepas kjadian tu, prempuan tu
demam seminggu tak bangun2. kpd pengunjung2 kat situ yang nak bergambar, memang sarjen Ahyar tak benarkan begambar dekat meriam tu. maklumla meriam lama kan. tapi, dah dak dijadikan cerita.. nak buat macam mane kan.. sembang punye sembang, die suruh budak
duty pegi ambik
kunci muzium nak benarkan ktorang masuk dalam.. dorang memang menghormati tetamu. tabik ar. tapi, kami tolok dengan lembut. segan pulak. sebab patutnya muzium tutup hari tu kan. tak kan sebab kami die nak bukak pulak. kami cakap nak cepat, sebab nak
kejar flight!. lain kali, kami pasti ke sana lagi...
Semangat ketenteraan yang tak kan padam
Sarjen Ahyar vs Mejar Aznam
TNI vs ATM (kita serumpun)
lokasi seterusnya, pak cik becak bawak ktorang p
Sogo. nak shopping sikit. babak beli cermin mata
Oakley. murah je kat sini. cuma Rp 999 ribu (RM 284.71). kalau kat m'sia, maunya 5 6 ratus. tu pun kalau dapat. die dah lama dah cari oakley ni. last2 berkenan kat sini pulak. tapi ok la, murah... ktorang tak lama pun kat sini, sebab nak kejar
mase kan... lagipun, sogo sini besar. tak larat nak pusing semua.
@ sogo
nothing to say
sweet
selesai shopping and window shopping, ktorang mintak pak becak anta ktorang balik hotel. janji dengan danu die nak pick up kul 2 dari hotel ke airport. sampai hotel, pukul 1. rase macam awal lagi la pulak. then, apelagi, ktorang
jalan kaki p mall yang berdekatan dengan hotel. name mall tu aku lupe la. tapi kat
Simpang Raya. huhuh. pusing2 dan makan
bakso kat situ.
mak aih ko jang...
ade ke orang pakai saiz ni ek?
ni je yang tinggal... jutawan fakir dah ni
emmm... rase cam berat je nak tinggalkan medan ni. before ktorang balik hotel, sempat lagi ktorang
rewang2 sekitar simpang raya tu.
latar belakang masjid
latar belakang pintu gerbang bandar medan
jam dah pukul 2, so ktorang kene cepat2 balik hotel. danu mungkin dah tunggu. huhu. ngam2 ktorang sampai loby hotel, danu pun sampai. perjalanan ke
airport diteruskan dengan hati yang agak berat... sepanjang pejalanan, ktorang abiskan sisa2 waktu dengan melihat dan menikmati keadaan sekeliling buat kali terakhir. tak tahu bile lagi akan kembali kan...
with my special kodok "babak syg mama"
bile dah nak sampai airport, sempat lagi ktorang minta danu berenti dekat tulisan besar "
Kualanamu International Airport". saje nk wat kenangan kan. kalau korang nak tahu, kualanamu ni airport yang baru buka. baru dalam 3 bulan lepas la. patut la mase mula2 sampai hai tu, rase macam baru je, bersih je... dan macam besar je airport die. kalau airport dulu nama die
Polonia Airport. mase sampai dekat sign ni, ramai giler penduduk setempat p ambik gambar kat situ. al maklumla baru kan. macam pesta pulak aku tengok.
Kualanamu International Airport
dan... tibalah sudah kami ke airport. buat kali
terakhir, babak sempat bergambar dengan danu. thanks danu!! turun je kete, dah ade orang
datang jemput. untuk tolong check in dan tolong ktorang ape yang patut. bagus jugak die punye
servis, tak payah la ktorang beratur nak check in. hehe. korang jangan lupe ye, kene bayar
tax 75 ribu rupiah per pax.
with danu
lepas check in , ktorang singgah kedai ole2 medan sebab nak beli ole2 sikit. aku just beli kek lapis legit je 1. bagi yang tak sempat nak beli ole2, bagus sangat la kalau singgah sini....
oleh2 medan
antara oleh2 khas medan yang tersedia
ni la rupe kek lapis legit yang aku beli tu
bagi membuang masa yang tersisa, sebab flight pukul 5.40 pm, ktorang rewang2 area airport dulu. memang besar sangat airport die. selesa dan bersih.
keadaan airport yang besar dan selesa
dah nak masuk gate dah..... ;(
hurm... ktorang berlepas dari medan lebih kurang dalam pukul 5.40pm. bye medan. panjang umur ktorang datang lagi ye.!
bye medan..
sepanjang pejalanan tu, ktorang
tido je. tak buat ape. mungkin sebab penat kot. lebih kurang pukul 8pm (waktu M'sia), ktorang sampai di
LCCT airport.
touch down @ LCCT
tamatla sudah entry aku kali ni. tapi sebelum tu, aku nak share alamat and
contact number tertentu supaya dapat membantu korang semua berlibur ke Medan..
Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd (Agen di M'sia)
No. 55-1, Blok E, No.2 Jln Langkawi,
Platinum Walk, 53300 Setapak,
Kuala Lumpur
Tel : 603-4142 6144 / 012-372 5175 (Norsyamsina)
Website :
www.kejoratravel.com
email :
kejoratravel@hotmail.com
Pt. Lovely Holidays (Agen di Indonesia)
Medan, North Sumatra, Indonesia
JL. Ir. Juanda No. 55 A. Medan, Sumut. Indonesia
Tel : 6261-4537985 / 6261 4528853
Website :
www.lovelyholidays.net
email :
lovely_holidays@hotmail.com
Horison Berastagi
JL. Jamin Ginting No.16 Berastagi 22156,
Sumatera Utara - Indonesia
Tel : (0628) 91999
Website :
www.horisonberastagi.com
email : info@horisonberastagi.com
Hotel Antares Indonesia
JL. Sisingamangaraja No.84
(50 M sejajar Mesjid Raya)
Medan - Indonesia 20152
Tel : 061-7324000
Website :
www.antaresindonesiahotel.com
email : reservation@antaresindonesiahotel.com
p/s : bagi mereka yang sibuk, tak de masa nak search tiket and nak beli
airticket, just contact je Kejora Travel. dorang akan uruskan semua dari
a to z. korang just sediakan duit dan tunggu masa nak terbang je. ktorang buat macam tu je. malas nak sakitkan kepala. tapi, bagi mereka yang tak nak pakai agen, nak pegi solo /
backpackers, boleh la try2 search utk dapatkan rate yang terbaik, ok.....