Friday 25 October 2013

Batam, Indonesia

...Okt 2013...

15 Okt 2013 (Day 1)
Batam yang tak dijangka… ;). Sebenarnya aku nk g johor je pun.  Saje jalan2 kat johor sebab cuti ada lagi kan…  last2, bile dah pusing2 johor pagi tu, dah tak tau nk g mane dah. Then, ambik kputusan nk g batam ikut jalan laut. Naik feri. So, ape lagi, aku p la beli tiket kat Stulang Laut. Harga tiket mase pegi RM66. Balik RM44. Kalau beli return, die murah sikit. Kalau beli satu2, die mahal. Tapi die open tiket. Tempoh 3 bulan. So, ikut kite la nak duk sane seminggu ke, 2 mggu ke, ikut korang la.. asalkan tiket dah beli. Boarding time pukul 1.30pm… ada mase lagi, aku p tukar duit kat money exchange dekat2 situ je. Rate untuk hari tu 1juta = RM295. (0.295). jadi jutawan segera la aku ye dak… dah siap tukar, terus p kaunter imigresen dan naik feri. Pintas Samudera 9 nama feri yang aku naik tu...

Here I came!!

berjalan menuju ke feri dari terminal stulang laut

Pintas Samudra 9

Atas feri ada jual2, aku makan megi indomi je. Harga die 10 ribu rupiah (RM2.95). Sedap jugak megi die. Lebih kurang dalam 1 jam setengah – 2 jam aku rase pejalanan die tu. 

Welcome to Batam..

Sampai sane, dari Batam Centre (tempat turun feri) aku terus naik angkut2  (die macam van la) nak pegi ke Nagoya. Mase kat terminat feri batam, aku ade sembang dengan 2 3 orang2 sane. Saje nak tanye tempat dorang. Dorang suggest suh aku menginap di Nagoya. Kat situ makanan die pun ok, ada mall. Senang nak shopping katenya. Transport nk g sane dorang suh aku naik angkut2, murah sikit berbanding naik teksi. naik angkut2 cuma 4 ribu rupee je (RM1.18) per pax.  Kalau naik teksi 40 ribu (RM11.80). sampai Nagoya, first skali check in hotel. Harga die Rp 190 ribu (RM56.05) per day. Hotel budget je.

Petang tu aku makan lele penyet di rm ayam penyet ria khas ibu ruth. Kat Indonesia, RM adalah rumah makan, bukan ringgit Malaysia ye dik… Sedap sambal die. 

lele penyet

Lepas makan, ape lagi…. Shopping la… aku beli seluar BMW.. murah je. Cume Rp189 ribu (rm55.75). kalau kat tempat kite, mau sratus lebih… Malam makan martabak telor. Rp30 ribu (rm8.85). besar martabak die. Mase ngah makan martabak kat kedai tepi jalan tu, ada budah jual koran (surat khabar). Kesian aku tengok, aku pun beli la walaupun x paham sangat isi dalam die tu. Koran die cuma rp 2 ribu (rm0.59). tapi aku lebih. Aku bagi 4 ribu. Kesian sangat die…. Lepas makan, balik hotel. Rehat dan tido….. zzzzzzzzzzzz

16 Okt 2013 (Day 2)
Morning… bagun pagi je, terus piker nk g shopping kat mane lagi hari ni…. Ape2 hal, check out dulu. Nak g check in kat hotel lain pulak. Hotel Fivee Staar 2. 1 night rp300 ribu (rm88.50). hotel smalam x slesa sangat. Sebab dalam renovation. Hotel five staar 2 ni ok… selesa. Cuma tak x de lift. Manual naik tangga. Aku ambik floor 4. Murah sikit. Kalu ambik floor bawah2, mahal la sikit.

Breakfast aku cuma makan roti dan teh susu (kat sini tak de teh tarik sebab die tak pandai tarik.. huhu). Makan dekat morning bakery. Dekat je dengan hotel. Lepas breakfast, naik matahari mall… pusing2 ingat nak shopping…  tapi aku tanye org2 kat situ, selain matahari mall, ade lagi tak tempat shopping… dorang cakap ader, di Pasar Jodoh. Aku pun ape lagi, ambik teksi p sane. Tambang teksi Rp40 ribu (RM11.80). tapi sebelum p sane, aku lunch dulu. Aku p makan kat warung cobain.. die bukan warung sbenarnya, name die je. Die food court dalam matahari mall. Aku makan nasi putih, ayam goreng, tumis kangkung, sayur asem, bandeng bakar, dan jus melon… semua sedap.  

food court @ matahari mall

Sampai di pasar jodoh., byk kedai2 jual barang2 kawin. Semua murah2. Cantik2 pulak tu. Then, aku jalan2 lagi.. pusing2 mall2. Mall kat sini murah2 berbanding kat matahari mall kat Nagoya tu. Kat sane aku beli telekong dewasa, telekong budak2, langsir, kasut, dan beg. Rambang mata sebab semua murah2. Tapi kene pandai tawar menawar la cik kak.. eh, kat sini kalau korang nak tahu, saloon die murah giler2. Potong rambut cuma 2 ribu rupiah (rm0.59)!! rebonding die pun x sampai rm30. Murah giler. Aku pun ape lagi…, ambik ksempatan la… aku potong rambut, buat hair treatment, dan facial. Semua RP120 ribu (RM35.40). huhu…. Siap urut blakang lagi mase die wat hair treatment tu… tak padan dengan harga. satu lagi, kalau korang dah sampai kat pasar jodoh ni, korang singgah la kat tanjung pantun. sane pun murah2 jugak, mgkin lebih murah dari pasar jodoh aku rase. cume aku x sempat nk pegi je. ape2 pun, kene rajin bertanye dan rajin bjalan, baru jumpa tempat2 besh shopping... ;)
Puas pusing2, dah penat dah, aku balik hotel. Kali ni naik teksi cuma 35 ribu rupiah (rm10.35), dari pasar jodoh ke Nagoya. Sampai hotel, aku rehat2 dulu sebab lepas maghrib nak kuar lagi. Maghrib kat sane dalam kul 6. Waktu die sejam awal dari waktu m’sia..  malam lepas mgrib, aku kuar lagi. Saje jalan2 ambik angin… malam tu aku balik bilik awal. Dah penat sangat kan… zzzzzzzz

17 Okt 2013 (Day 3)
Hari ni bangun agak lewat sikit. Bangun, siap2 dan terus lunch kat rumah makan ayam penyet ria (rm ni je yang bleh naikkan selera makan aku!!). Hari ni x de ape sangat nak beli.. window shopping je. Mula2 memang la ingat nk window kan… last2 shopping jugak!!. Tapi kali ni aku beli barang2 keperluan je. Minyak rambut, losyen, lipstick, dan baju..  kat mall tu jugak ade jual ole2 khas dari Indonesia. Aku beli bingka je. Aku beli yang kecik. Cuma nak merasa. Harga die rp25 ribu (rm7.34). makan petang, aku cuma makan kat bakery je. Sebab malam nanti nak makan lagi… lepas tu, balik bilik… dah boleh pack barang slow2 sebab esok dah nak balik….
Malam lepas mgrib aku kuar makan. Kali ni saje nak merasa makan kat kedai kat luar dari mall. Kedai tu nama ikan bakar warung Nagoya & seafood. Aku makan nasi putih, udang masak butter, tom yam, dan petai seafood. Erkkkk…, tak sedap sangat. kembang tengkuk aku. Huhuhu… harga die 166 ribu (rm48.97)… makan pun x habis…. Kat situ jugak ade warung sate padang. B4 tak pernah try, so teringin la nak try. Aku Cuma ambik 5 cucuk je. Just nak try kan. Eee… skali lagi… x sedap jugak!!!!. Tekak x leh trima. Tapi aku tengok ramai je org beli kat warung die tu. Siap beratur segala bagai lagi nak dapatkan sate die.. ceh, ingatkan sedap… huhuhu… makan 1 cucuk je. Tu pun x abis. Kuah die rase lain macam jerk. Daging die berbau. Huh!!. Nasib x baik malam ni… then, ape lagi… balik bilik la… zzzzzzzzzzzzz.

18 Okt 2013 (Day 4)
Morning batam… today is my last day… ;). Pagi tu aku check out dari hotel. Hurm, pagi tu tekak ni teringin pulak nak makan bakso. Then, Aku makan bakso malang kat food court. Dah serik nak makan kat luar. Fuhhh… sedap sangat. Aku ambik bakso dan es teh jeruk(kalau tempat kite the o ais limau). Mula2, pelik jugak, es teh jeruk ni air ape… then aku tanye la. Die cakap air teh dicampur dengan limau… rupenyerrrr…!!!.hurmm, ape2 je lah, asalkan ko punye bakso sedap!.

Bakso Malang Bagelen

sebelum balik, ktorang sempat p window shopping kat jalan pasar belakang. tak taw name ape pasar tu. kat nagoya jugak  la. kat situ byk jual gadget. murah2. tapi kne pandai survey dan tawar menawar la. kalau tak, x berbaloi la dik.. kalau kat kl ni, macam dekat pertama kompleks la tempat die. then, bila dah rase penat, ktorang ambik cab dan terus p batam centre. dah nak balik dah.. huhu. sepanjang pejalanan nak ke batam centre, sempat aku sembang dengan abg driver cab ni. saje nak share2 pasal kehidupan dorang kan. tapi, dalam byk2 cite yang die cite, satu je yang menarik perhatian aku. kat sane, kalau ade kes kecurian, hukumnnya bakar hidup2. dorang x ikut undang2. polis pun dorang tak takut. bile dorang dapat je si pencuri ni, terus bakar depan2 orang ramai. huh. sungguh tragis!.

 tax nak balik dalam RM80. duit rupee dah abis wat shopping.. huhu.. rugi2. naik feri, masing2 terus lena....
sampai Johor, sebelum balik kl, ktorang singgah makan bubur nasik kat ... (hurm, lupe la name die). tapi best sangat. kalau p johor, x sah x p makan kat situ. lepas makan, terus bergerak balik kl. sampai kl lebih kurang pukul 12 malam jugak la.. tido2, esoknya nak keje!! nite semua.. 

macam biasa, kat bawah ni aku sertakan no. contact yang mungkin boleh menolong korang semua one day. mane taw kalau korang nak booking hotel ke kan.. 


Formosa Hotel
No.A8 City Plaza, Nagoya, Batam Island, Indonesia
Tel : +62 (0778) 42-6789 hp: +62 (0778) 704-6789

Fivee Staar 2 Hotel & Family Massage
Ruko Nagoya Hill, Blok E No. 1-2, Nagoya, Batam
Tel : +62 778 749 3878 / +62 778 749 3879

Hotel Nagoya Plasa
Jl. Imam Bonjol, Lubuk Baja – Batam
Hp : 0778 459 888


Tuesday 22 October 2013

Krabi, Thailand

...Okt 2013...

8th Oct 2013 (Day 1)
Bertolak ke LCCT jam 10 am. Sampai sane, kami terus check in. tapi, agak bengang jugak ar, awek kat kaunter tu cakap beg kami besaw!! tak bleh bawak naik atas. so, dat means, kami kene tambah RM120 untuk luggage. yang tambah aku bengang tu, awek tu cakap, kalau x tambah kat kaunter, beg tu x leh bawak. so, nak tak nak, kene bayar ar time tu. then, pas bayar, berkumpul ngan geng trip, dorang cakap bleh buat pembayaran extra luggage kat kiosk je. murah katanye! RM44 jerrrrrrr!!!. mangkuk punyer awek, harap muka je lawa. ape salah dia cakap ada solution lain selain aku kne bayar mahal2 tu kan.. tp, tak x pe.. aku wat dono je,,... tak nak spoil mood nk g bercuti.... cool..cool...cool... lalalalala.

     @ LCCT boarding for take off

Flight take off jam 1.15pm (Malaysia time). Sampai sana pukul 1.40pm (Thai time). Thai time lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sebelum fly, makan kenyang2.. makanan atas flight dah la mahal, ciput pulak tu. Sebekas nasik lemak, bleh makan 15 keping roti canai!!. Sampai je sana, Abang Rashid as our tourist guide dah tunggu kat krabi airport. time tu rase proud n macam tak percaya bile nama aku terpampang kat poster. " Mr. Aznam". wat's a nice broooo. Cam x caya aku seorang tourist. tourist guide aku ni very nice guy sgt2. lega coz kami cakap malay. x de la sakit kepala sangat kan. kalau bleh cakap siam je, tak ke haru namenye tu.Perjalanan  dari Airport ke hotel mngambil masa lebih kurang 30 min. Tempat yang kami duduk tu namanya Aonang. Cantik n rileks je tempat dia. Aonang ni kecik je, tapi bersih yang amat. x de sampah kat tepi2 jalan n rapi je aku tengok. untuk 1st day, kami menginap di Srisuksant Resort.


     Srisuksant Resort

Sampai je kat hotel, kami berpecah masuk bilik masing2. ada yang nak berehat, ada yang nk kuar jalan2 ambik angin. Resort ni betul2 berhadapan dgn Ao-Nang Beach. So, petang tu group kami ramai yang nak jalan2 kat beach la konon. tapi aku n pasangan decide nk kuar jalan2, makan2 n window2. kami sewa moto. 1 day THB200 (RM20). Best jugak ronda2 kat tempat orang. hurmmmm.....

 Santai2..

Ronda, ronda jugak ye..., minyak kat sini mahal sangat!!. jauh beza ngn tempat kite. penuh tangki cecah RM16 (THB 160). kat sini x yah pakai helmet pun tak pe, redah je. sempoi gler.. Penat jalan2, kami singgah makan. makanan kat sini memang superb. sedap walaupun yang jual tepi2 jalan je. memang terbaik lah. yang penting, kat sini banyak tempat makanan halal. so, dun worry. Muslim pun banyak kat sini. dah penat pusing2, kami balik hotel. rehat. esok dah ada program yang menanti.... sooooo excited!!

9th Oct 2013 (Day 2) 
day 2.. rasa excited dah mula dah datang.... yela, maunya tak excited, nak g island. before datang sini, ktorang ada search island kat krabi ni. memang cantik view die. so, x hairan la kalau ktorang rase excited tahap gaban pun kan. heheh.. untuk day 2, abg rasyid bagi explanation pakej2 yang ada. ktorang boleh pilih pakej mana yang kami nak pergi. memang flexible ikut budget ktorang. ada 3 pakej yang disediakan.  Phi Phi Island, 4 Island dan Hong Island. meh aku terangkan sket die punye pakej ni eh.

~ Phi Phi Island ~
by speed boat, adult : 1,800 bath (lebih kurang RM180) child : 1,200 bath (lebih kurang RM120)
- Bamboo Island - relaxing on the wonderful white beach
- Viking Cave - photography and sightseeing to see how collecting the nests and ancient wall painting
- Lohsamah Bay - enjoy the colorful fish and coral
- Pileh Bay - beautiful lagoon
- Maya Bay - (secene of the film "The Beach") which is surrounded by mountain and white sand.
- Monkey Beach - exploring deserted beach and fascinating coral reef
- Phi Phi Don - enjoy lunch at restaurant on the beach and relaxing
- Hin Klang - opportunity for open sea snorkeling 

4 Island ~
by speed boat, adult : 1,200 bath (lbh kurang RM120), child : 800 bath (lebih kurang RM80)
by longtail boat, adult :  600 bath (lbh kurang RM60), child : 400 bath (lbh kurang RM40)
- Pharanang Cave - a very famous cave, location of a princess spirit house' respected and worshiped by the local pepole
- Chicken Island - remember the name and you'll remember its funny rock shape : it look like a chicken. popular location for excellent snorkeling the marine life here will amaze you.
- Tup Island - one of Thailand's unseen highlights, Tup island is situated along Koh Dam Khwan. as the tide recedes, the sea is gradually separated by the white sand and limestone beach that will appear to amazingly connect the two island at low tide.
- Poda Island - lovely white, sandy beach, ideal for sunbathing, swimming and snorkeling. enjoy great underwater adventures, exploring colorful corals and reef fish.

~ Hong Island ~
by speed boat, adult : 1,500 bath (lbh kurang RM150), child : 1000 bath (lebih kurang RM100) by longtail boat, adult :  1000 bath (lbh kurang RM100), child : 700 bath (lbh kurang RM70)
- Hong Island - a beautiful place. enter by boat a unique narrow passageway leading to hong island's fantastic lagoon of green and blue waters, surrounded by limestone mountains and mangrove forest.
- Lading Island - up until a few years ago tourists were not allowed on lading island. instead it was left for the people who collected swallow nests and lived there. today, it is sometimes called "paradise island" and a trip here is like going back in time.
- Pakbia Island - it is interesting to see how the sea waves have eroded the rocks and dug holes like caves through  them.
- Rai Island - when the tide is low, you can walk from one island to another on the magical beach which appears and disappears at high tide.
- Daeng Island - this island is a great rock coming out of the sea. at low tide we can take you to visit and admire its fabulous coral reefs.

huhhh... panjang bebenor explanationnye kan... tapi x pe, sharing is caring kan. hehe. ktorang ambik pakej Phi Phi Island. ada 7 tempat yang bakal kami p. berbaloi sangat la dgn harga yg dtawarkan. pakej yang aku ambik ni dia bagi murah2 je. abg rasyid bagi harga budak2. huhuhu... kira ok la. siap ada pick up dari hotel dan lunch lagi tuuu... nasib baik hari tu tak hujan. kalau tak, tak best la kan. cuaca cantikkkkk je. lepas je dengar briefing dari guide ktorang, ktorang satu group pakat2 serbu boat. nak pilih seat. hehehe.. mula2 pakat2 nak duk depan. budget berani la sangat kan... hahaha...

menuju ke boat.

dalam pejalanan, dah mula rasa mual2 dan loya2. sebab dia melambung lambung kan, tambah2 duk depan. aku n pasangan pun buat muka seposen, p duduk blakang... huhuhu... yang duk depan smua dah macam naik roller coaster. meraung raung. nasib baik aku caw dulu. hehehe.. sepanjang pejalanan tu, cantik sangat air die. hijau kebiruan. nampak natural. macam yang dalam tv tu la. hurmm, dalam 45 minit pjalanan, ktorang pun sampai la ke tempat yang pertama skali untuk trip ktorang hari tu... Bamboo Island. perghhhh..... cantik siot!! view die memang cantik yang amat. menurut ktorang punye guide, dulu, sebelum berlakunya Tsunami, pulau ni dipenuhi dgn pokok2 buluh. then, selepas kjadian tu, pokok2 buluh yang ada semunaya musnah. Kuasa Allah, sekarang ni tak ada satu pun pokok buluh yang hidup di pulau ni!! sekadar tinggal nama sahaja!.


Bamboo Island
ktorang diberi masa dalam 30 minit untuk menikmati suasana kat sane. ada yang mandi, berjemur dan macam2 la. ktorang ape lagi, bergambar la sampai lebam!. hehe. kat sini banyak sightseeing dan santai2. release tension. pantai die cantik sangat. pasir putih dan air hijau kebiruan. tak de pencemaran langsung. then, ktorang truskan lagi pjalanan ke Hin Klang. haaaa... kat sini best. boleh snorkeling. mula2 tak nak turun. action!! sebenarya takut. sebab tak penah snorkeling katakan. so, wat2 jual mahal la katakan... bagi makan ikan, tangkap gambar la, possing sane, possing sini.... and tup2, tibe2 trasa nak try. taw x kenape tibe2?? haaaa... sebab utama ialah air die tu. cantik. jernih. dari atas buleh tengok ikan cantik2. so terpikir la, kalau snorkeling, lagi nampak jelas ikan nye kan..., pastu, p la mintak kat Alex jaket keselamatan, goggle and alat2 dia segala bagai la. hurmmm ape lagi, terjun la dek non... fuhhhhh... best giler. pengalaman pertama tuuu... kat negara orang and tempat die memang best. sweet memory la wa cakap sama lu... hehe.

 Bagi makan ikan

snorkeling @ Hin Klang

haish.... duk asyik2 snorkeling and posing sane sini, satu benda aku lupe nak wat. huhuhu.. nyesal yang teramat. lupe nak ambik view kat sini. duk snap pic snorkeling je. al maklumlah budak baru dapat snorkeling kan... hehehe.. tapi serius, bila balik, cek2 pic, x de gambar view kat sini. so, kawan2, ambik pengajaran yerr.. hehe.. jangan jadi mcm aku ni eh. sengal x abis2. huhu. jap nak cite sket pasal snorkeling kat sini.. hehe.. kat sini banyak ikan cantik2. die main2 kat badan kite jew. tang aku geli bile die duk gigit2 tapak kaki. rase cam nak lempang je laju2 ikan tu... tapi ikan2 tu cantik n comel, makanya tak jadi la nak lempang (action je tu!!). satu perkara lagi, Alex cakap kat sini tak de ikan nemo. tapi x kesah la ada ke x, janji ikan2 lain pun cantik2 semua. duk main depan2 mata kita je. boleh sentuh sekor2. hehe.. coral dia pun cantik. warna warni. tapi ada gak yang dah mati. so, yang dah mati tu kaler putih je la. sayang kan... ok, next place pulak.... next, ktorang p Pileh Bay. kat Pileh Bay ni sbenarnya x de aktiviti sangat, just tengok view je sbenarnye. tapi, mase kat Pileh Bay, Alex dapat berita, keadaan air laut nak ke Maya Bay tak mengizinkan. ombak kuat. so, bahaya nak pegi sane. sbenarnya ktorang dah dimaklumkan awal2 oleh abg rasyid. so, tak rase ralat sangat la kan. walaupun sebenarnya rase agak kesal sikit.... huhu. katenye, Maya Bay memang masuk pakej, tapi jika air laut x berombak kuat dan tak bahaya, boleh p. jika x, kene cancell la. sebanarya, kalau korang nak p Krabi, korang datang la bulan 11 atau bulan 12, sebab mase tu cuaca kat sane elok. air laut pun tenang. time tu high seasons la. tapiii...., harga hotel akan naik 2 kali ganda la. hehe. dan, disebabkan ktorang kene cancelkan p Maya Bay, Alex pun izinkan ktorang mandi-manda kat Pileh Bay. kira macam ganti trip ke Maya Bay tu la. Pileh Bay ni lagoon taw. cantik sangat. air biru. tenang dan sungguh best la... ada sesetengah tourist panggil tempat ni, Blue Lagoon sebab lagoon die memang cantik. besar sangat kawasan die. alex cakap, kat sini pernah menjadi tempat pengambaran filem2 orang putih.

Pileh Bay @ Blue Lagoon

View Pileh Bay

swimming @ Pileh Bay

satu yang korang perlau taw, kat Pileh Bay ni tak de ikan n coral. die cuma kawasan lagoon je. then, ktorang beralih pulak ke tempat yang ada ikan nemo. hehe... Lohsamah Bay. jarak die lebih kurang 500 meter je dari Pileh Bay.

Lohsamah Bay

Lohsamah Bay

Lohsamah Bay

Lohsamah Bay, Here i came!!

Snorkeling @ Lohsamah Bay

cantik kan view die. memand padan ar kalau tempat ni selalu jadi tarikan org yang nak buat filem.. dah puas snorkeling sambil makan buah tembikai yang disediakan, ktorang pun beralih pulak ke Monkey Beach. dengar nama tempat pun dah taw ape yang unik kat sini kan... haaa mesti la kat tempat ni banyak monyet. tapi, sebelum ktorang p sane, alex bgtaw n pesan suh hati2 sebab monyet2 tu nakal sikit. kalau yang jantan, die akan kacau pompuan, dan kalau yang betina, dia akan kacau lelaki2 hensem. so, sape2 yang bawak pakwe2 hensem dan makwe2 cantik, jaga2lah ye. jangan sampai kene ngorat ngan monyet pulak..... ;)

Monkey Beach

Monkey Beach

Monkey Beach

Monkey @ Monkey Beach

hurmmm.. dah puas tengok telatah si monyet2 ni (siap bagi makan buah tembikai n rambutan lagi), ktorang pun bergerak ke last place untuk pakej hari ni..., Phi Phi Don Island. lunch untuk pakej hari ni juga disediakan di pulau ni. sampai je, kat Phi Phi Don ni, rase macam teruja sangat bila tengok pantai dia cantik dan suasana die pun tenang je. hilang habis semua semak kat kepala hotak  ni. tapi yang mencacatkan pemandanga, of course la mat2 dan minah2 saleh yang berjemur macam ikan kering kat tepi pantai tu kan... so, sampai je sane, alex cakap ktorang kene lunch dulu kat Myada Resort. lepas lunch, baru la axtiviti bebas samaada nak mandi ke, nak shopping ke or nak possing2. aku pe lagi, mesti la pilih possing2 kan... hehehe.. jap nak cite pasal lunch jap. hehe.. lunch die memang sedap, makan buffet. tomyam, of course la sebab Thailand kan, tapi memang terbaik la, sedap giler tomyam die. then dia bagi ayam goreng 3 ketul sorang, sayur campur, pajeri terung, acar buah, mihun dan mee goreng, pelbagai jenis air (panas dan sejuk), dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. semua sedap2 dan ktorang pun ape lagi, belasah la cukup2. heheh... siap je makan, aku and the geng cepat2 meluru ke pantai. gaya macam x penah jumpa pantai gitu... huhu.. x pe, ader aku kesah?? hehe... jomm possing......

Phi Phi Don Island

Phi Phi Don Island

Phi Phi Don Island

flying @ Phi Phi Don Island

Suasana @ Phi Phi Don Island

rase macam tak nak balik je.... huhu... rase tenang dan damai je duk sini. tapi, nak buat macam mane kan, kesan tapak kaki je boleh kami tinggalkan.... tapi dalam hati sebenarnya tanam satu impian, nak pegi lagi kalau ade rezeki.. nak try pakej lain pulak... InsyaAllah... dalam pejalanan balik ke jeti, kami diberi fresh orange dan kek sebagai alas perut. lepas belasah semua tu, aku pun layan mata la sekejap. sbenarnya tak nak bagi trasa loya sangat. ombak kuat dan rase huyung hayang die tu buat aku tak tahan. jalan selamat, tidoooo.... celik mata je dah sampai... hehe.. bile dah sampai kat jeti, ada pulak yang jual frame + gambar ktorang mase nak bertolak pagi tadi. aku and the geng beli la wat kenangan... satu rm10 (100 bath). abg Rasyid dan Kak Ana (isteri Abg Rasyid) dah tunggu kat kereta. kak ana bawak ktorang balik hotel dan ktorang kene check out dari sri suksant dan check in hotel Ao-Nang Sunset Hotel pulak untuk hari2 seterusnya. semua dah diuruskan oleh Abg rasyid dan kak ana... thank you so much!!. lepas check in, ktorang terus masuk bilik untuk rest. sempat kak ana pesan, kalau nak makan p makan kat Lemon Restaurant dan makan laksa kat pekan aonang. die cakap sedap2 dan halal.. 

Ao-Nang Sunset Hotel

malam... lepas maghrib, ape lagi... kuar ar. p cari restoran lemon yang kak ana cakap tu. sbenarnye tak susah pun nk cari kedai kat sini, sebab semua tepi jalan dan sepanjang jalan tu je. so, agak senang gak la aku nak cari restoran tu. kat sini banyak berteraskan seafood. kat menu die tu, banyak gak yang aku tak paham, tapi buat muka tak malu ar, tanye satu2.. huhuhu.. akak tu pun dengan rela hati explain satu2. hehe.. kesian kat akak tu. last2, aku amik butter prawn, kailan ikan masin, telur dadar, teh o suam dan jus mangga. sedap memang sedap... tapi mahal sikit la. 

menu makan malam @ Lemon Restaurant 

Butter Prawn

lepas makan, saje jalan2 kat pekan ao-nang. nak tengok dan rasai die punye nightlife. macam biase, banyak jugak pub2 dan disko kat sini. macam kat bukit bintang pulak rasenye. saje je nak wat comparison kan.. tapi aku lebih suka p jalan2 kat kedai2 luar sambil possing mossing... 

Sawadikap....

Krabi Resort

bile dah penat, ktorang terus balik bilik. nak rehat. esok nak jalan lagi kan, so, stamina kena cukup. so.. gud nite semua.... zzzzzzz

10th Oct 2013 (Day 3) 
Good morning krabi.. hehe. Rase fresh sangat bangun pagi tu. Yela, smalam penat seharian kan, dapat tido rase lega la sikit kan. Kat sane, pukul 6 pagi die dah macam pukul 7 kite. Dah terang benderang. Matahari dah kuar dah. So, kene bangun awal la duk sane kan. Bila dah siap2 semua, ktorang turun bekpest kat restoran Nana, (bekpest include skali ngan hotel)..  X yah isau, kat sini semua halal. Siap ada tulis dapur halal lagi. Rase confident la sikit kan.  

breakfast @ Aonang Sunset Hotel

Sambil2 makan tu, sambil tunggu orang yang akan datang pick up ktorang. Agenda hari ni ialah Jungle Tour With Elephant. Dalam pukul 8.30, ktorang mula bertolak ke Tiger Cave Temple. Dalam pejalanan, masing2 mendiamkan diri. Penat kot. Pjalanan ambik masa lbih kurang dalam 45 minit nk g sane. Bile dah sampai sane, aku tengok ada banyak gak la replika harimau besar2 pulak tu. Dalam hati terpikir, mungkin sebab tu la kot dinamakan tiger cave temple.. Tapi kisah sebenar aku tak tahu la kan. X sempat nak tanye.. Ktorang just berpossing possing je la kat area situ. 

Tiger Cave Temple 

Yang mane nak naik sampai atas pun boleh. Die ada 1,237 anak tangga untk sampai atas bukit where the foot prints of Buddha take place. Ala, kalau kat tempat kite…, macam Batu Cave la. Ala2 Batu Cave versi Thailand.. So, ktorang decide tak nak naik. Just pusing2 kat bawah je sambil tunggu yang lain2 turun. Trip yang ikut same dengan ktorang hari tu banyak Siamese, so dorang naik la sampai atas.

1,237 anak tangga...

satu benda yang aku pelik dan rase sikit teruja la. tapi x lebih la takut syirik pulak kan... kat situ ade satu gong yang sangat la besar dan gong tu boleh mengeluarkan satu alunan muzik yang sangat merdu dengan cara gosok belakang gong tu dengan tangan!!!. tapi yang heran, aku and the geng buat tak menjadik pun. tapi bile die punya tok sami yang jaga temple tu gosok, terus berbunyi... x sampai pun 3 second die gosok. aku ni gosok sampai nk luka tangan, tapi hampessss... tok sami tu dengan selamber je die gosok.. pelik bin ajaib... (dalam kepala otak ni duk pikir macam aladdin pulak tok sami ni ye..) 

gong yang ajaib

Selepas 45 minit possing2 kat situ, ktorang terus bergerak ke next place, Elephant Trekking. Dekat je dengan temple tadi tu. Dalam 10 minit je. Sampai sane, gajah2 tu dah tunggu dah. Kesian pulak aku tengok gajah2 tu. Yela, gajah2 tu dah tua kan, tapi masih dikerah untuk dapatkan duit. Huhu… tapi, aku naik jugak. Hehe. ni kali pertama aku naik gajah. Sbelum ni x penah sebab takut dan tak de kesempatan. Bile sampai je krabi ni, macam2 aku buat. Tak de takut2 dah...  ermmm.. ktorang pusing2 naik gajah ni. Die bawak masuk hutan dan tengok view kat situ. Cantik view die. Mase atas gajah tu, kesian aku tengok die. Yela, bile nak tukar arah dan gajah tu x dengar cakap, tuan dia as a guide tu cucuk2 je gajah tu dgn besi tajam. Ada kesan darah dan luka2. Huhu..  kesiannn…… L.. kesian2 pun, naik jugak kan.? Hehe.. ngada2 betul la. Tapi tak heran la, sebab gajah kan dah sinonim dengan Thailand... kalau dah sampai Thailand, tak naik gajah, x sah la kan... huhu.. Tapi gajah2 ni cerdik sbenarnya. Sangat akur dgn tuan die. Bile tuan die suruh dia possing, dia akan possing taw. Dia angkat die punye belalai la, macam2 pose die buat. Cute sangat… J.

Elephant Trekking

Thai's mascot...


Hurmmm.. temple harimau dah pegi, trekking gajah dah pegi… so, skarang pegi main air pulak. Next destination ialah Hot Spring Waterfall. Kat sini die bagi masa 30 minit. Ikut suka la mandi ke, nak berendam ke, nak buat ape ke.. aku pilih nak rendam kaki je dalam air panas tu sambil ape lagi, possing2 lerrr…. waterfall kat sini kecik je. Tapi yang menariknya ia semulajadi. Ramai gak yang ambik peluang mandi mandi air terjun air panas kat sini. Mula2 ingat nak mandi jugak, tapi bile sampai, aku tengok ramai pulak mat saleh dan minah arab berbikini berendam dalam tu. Penuh. Semua port diorang conquer. Al maklumlah benda kecik kan, jadi nampak sarat dengan dorang je lah. Tu yang aku main kais2 air n rendam2 kaki je tu… 

Hot Spring Waterfall

santai2 

kat kawasan ni ada orang jual2. Biasalah tempat rekreasi kan. Tapi kene pandai cari tempat makan halal la. Pak cik driver ktorang tu suggest suh kami beli kopi buatan Krabi. Homemade punye. Macam2 perisa ada, ada hazelnut, latte, coffee biasa, coffee pekat dan macam2 la. Yang penting halal. Dan disebabkan aku ni peminat kopi, aku pun beli la satu. Aku beli coffee krabi yang tak pekat sangat. Kat situ ada tester. Boleh try. Nak beli nak minum situ pun boleh, nak beli yang 3 in 1 pun boleh. Sedap kopi die. Lupe pulak aku nk snap pic coffee yang aku beli tu. Heheh. Sbenarnye saje nak share die punye packaging. Cantik. Packaging die siap ada gambar Emerald Pool lagi. Salah satu tarikan istimewa kat Krabi. Haaa, tempat ni la aku nak g pas ni.…. Hurmmm… perut dah mula  berkeroncong, ape lagi.. lunch time la. Lunch disediakan di Emerald Pool. Lunch ktorang dah siap2 die asingkan. Yang islam satu tempat. Yang bukan islam satu tempat. Abg rasyid dah siap2 pesan dah kat ktorang punye guide hari ni supaya makanan ktorang di asingkan dari yang lain2… bagus kan abg rasyid punye service. Kite pun x risau nak makan. Lagi pun die Haji. Mesti die taw kan. Dah siap makan tu, ktorang pun ape lagi, bergegas la ke Emerald Pool. Sebab kejar masa. Ktorang kene jalan kaki dalam 15 minit nak sampai kawasan Emerald Pool tu. Ada 2 jalan disediakan. Satu yang jauh sikit tapi boleh lihat view air yang cantik sangat2. Jernih sangat air die. Kuman pun boleh nampak dek non.. mase nak pegi, ktorang lalu ikut jalan ni. Yang lain2 semua ikut jalan shortcut. Jalan sane x de view ape2, Cuma hutan je la. Jalan yang ktorang lalu tu siap ada trek dan laluan yang cantik lagi.. x de becak. Ape lagi, possing lerr… hehe. 

jalan2 sambil menikmati keindahan alam..


Bile sampai je kat Emerald Pool, mata terpukau. MasyaAllah.., cantik sangat. Semua semulajadi. Besar sungguh Nikmatmu Ya Allah. Air die biru dan jernih. Kalu tengok dari segi kedudukan die tu, macam tak percaya ia semulajdi. Sebab die dalam hutan, tanah macam paya bakau. Tapi air biru macam air laut. Skali tengok macam kolam renang buatan orang je. Rase teruja dan macam nak terjun terus je. Huhu. Tapi, cover doh, x nak orang nampak jakun sangat... buat2 main2 air dlu. 

Emerald Pool

nice place

Tengah2 main air tu, ada sorang tourist dari China tu cakap, ada satu lagi tempat cantik kat atas tu. Nama die Blue Pond.  Lebih kurang 800 meter dari Emerald Poll. Aku pun ape lagi, chow la. Sebab aku piker alang2 dah sampai kan, baik p je. Berpeluh jugak nak sampai sane.  Tapi x trase sangat penat, sebab sepanjang jalan nk p sane, view die cantik sangat. Dikelilingi dgn air jernih dan memang semulajadi bentuk die. Bile dah sampai sane je, mengucap panjang aku dibuatnya. Kuasa Allah, tak de sape boleh tandingi. Air die biru air laut. Tapi kalau tak biru, macam mane dapat nama Blue Pond kan..? hehe..  Tapi tu la yang aku pelik, kat tengah2 hutan, macam mane boleh air biru sampai macam tu skali kan… ape yang menarik kat sini, bile kita tepuk je tangan, gelembung2 buih akan timbul dari dasar ke permukaan air. Lagi kuat kite tepuk, lagi banyak buih2 yang kluar dan timbul. Nice kan…?. Kat sini tak boleh mandi, just sightseeing je. Tapi puas hati la. Berbaloi sangat. Memang perggggghhh!!!!!..

Blue Pond

tengah2 paya bakau

mermaid sedang bersantai @ Blue Pond

no swimming!!!!!

Lebih kurang 10 minit gak la aku kat Blue Pond, ambik gambo n possing2. Then pastu aku patah balik ke Emerald Pool. Nak mandi….

mandi-manda

 Lepas mandi manda kat Emerald Pool, lebih kurang dalam pukul 4 petang, ktorang dah gerak balik ke hotel masing2.  Sampai je hotel, masing2 melulu masuk bilik, penat kan.. lepas maghrib nak kuar makan dan ronda2 pulak.. Lepas maghrib, ktorang kuar ramai2 dengan moto. Macam konvoi pulak.. hehe. seterusnya, ktorang menuju ke kedai laksa yang ada 7 jenis kuah. Kedai die tepi jalan je. Memang senang nak cari, tengok je ada 7 buah periuk besar2 atas meja die tu, haa situ la tempatnya. Memang terbaik n famous kat Aonang. Thanks to Kak Ana, sebab suggest kat ktorang kedai ni. Antara jenis kuah yang aku ingat la, ketam, ikan, udang, kari, sambal, and… tu je yang aku ingat. Hehe.. yang bestnye, mak cik tu bagi ktorang try setiap jenis kuah tu dulu.. memang haru jugak la nak pilih, sebab semua sedap2 dan pekat. Memang terangkat ar. Kat tempat kite memang tak de macam tu. Kuah boleh mix ikut selera kita…… sambil2 pilih kuah tu, sempat jugak ktorang borak2 ngan mak cik kedai tu. Saja gurau2 dengan die. Siap blajar cakap thai lagi. Die pun siap blajar cakap melayu lagi… apapun, mak cik tu memang baik dan laksa die memang superb!!

laksa + bahan2 sampingan

Malam masih muda…. Cehhh.. hehe.. ktorang pun pusing2 dan ronda2 pekan Aonang dengan moto ktorang yang cute tu. Sempat jugak ktorang berenti kat dua tiga kedai yang jual baju2 untuk buat basahan, aku beli baju I love krabi warna merah… hehe…then, ktorang ronda2 lagi... tapi biasalah, tempat pelancongan, mesti banyak tourist kan.  Duk sane memang rase safety sangat. Tak yah takut dengan peragut ke, pencuri ke, perompak ke… kat sane memang tak de kes macam tu. Kalau ade pun, jarang2 sekali. Menurut kata Kak Ana dan Abg Rasyid la… so, tak hairanla kalau aku tengok dorang parking moto bersepah je, dan aktiviti harian dorang macam santai je, x yah pikir pasal kes jenayah…  tapi, awas ye, orang2 Thailand ni banyak yang ada pistol peribadi. Tembak menembak dan peluru sesat ni dah biasa kat Thailand, tapi bukan kat Aonang ye. Aonang pekan yang selamat dan memang safety giler…  based on my experience and my observation la. Tapi memang diakui oleh Abg Rayid dan Kak Ana pun.  Eh, panjang pulak citernye ye… lepas pusing2 and sebelum balik hotel, ktorang pakat2 singat beli pancake mangga.. haa, agak2 korang macam mane rupenya pancake ni eh???.. aku taw, sebab aku pun mulanya ingat pancake mangga ni macam cake lempeng  berperisa mangga. Haa, sudahnya salah la der… die macam roti canai dan dalam tu die letak buah mangga yang dipotong kecik2. Atas tu die letak susu pekat dan chocolate cair.. memang sedap  kalau makan panas2. Tapi sayang, aku lupe nak ambik gambar pancake tu. Huhuhu…  kalau kat tempat kite, die macam roti canai pisang yang kite makan kat kedai mamak tu. Cuma die letak buah mangga dan susu n coklat cair je kat atas die tu…  haish, mata dah ngantuk…… so, ktorang pun balik hotel untuk rehat2 dan kena tido awal sebab esok ktorang ada axtiviti lagi…. so, tamatlah sudah axtiviti untuk hari yang ke-3 ktorang kat Krabi….  Gud nite. ;)

11th Oct 2013 (Day 4) 
Arggghhh… best nyer tido.. pagi tu bangun agak pagi. Then turun  bekpest and tunggu van datang pick up untuk jalani aktiviti seterusnya.

pelayan yang tak di iktiraf oleh Ao nang Sunset Hotel!

 Hari ni nak g tempat pengambaran filem James Bond, iaitu James Bond Island.. jeles tak??? Macam jeles jer… macam jeles jer… heheh.. menurut Nak, ktorang punye guide untuk trip tu, nama James Bond Island pun di ambik dari kes tu la, dari filem James Bond. tapi pejalanan die agak jauh naik van lebih kurang dalam 1 jam setengah aku rase. Tu pun baru sampai kat jeti die. Ape name ntah jeti die tu. Sampai je jeti, dah ada boat yang tunggu. Ktorang naik long tail boat. Pejalanan naik boat pulak ambik masa lebih kurang 15-20 minit. 

jeti

Sepanjang pejalanan nk ke sana, aku lebih suka duk diam sambil menikmati keindahan alam. Bukit bukau, paya bakau, batu batuan yang terbentuk secara semulajadi, perkampungan dalam air dan sempat jugak aku tengok life orang pulau yang berulang alik dari darat ke pulau dengan membawa barang2 keperluan harian, macam tong gas memasak, dan tak kurang juga ada yang duk menjala ikan. Hurmm… dari jauh dah nampak satu bongkah batu yang duk menegak macam dalam filem James Bond. Bile boat ktorang sampai ke tepi je, masing2 meluru dan ambik port masing2 untuk possing. Kat sini tak de axtiviti yang boleh dibuat, cuma melihat pemandangan je. Tapi nice sebab view die cantik. Masing2 sibuk dengan kamera al maklumla teruja kan..

tarikan @ James Bond Island

Batuan semulajadi

saje posse...

kami yang sengal..

James Bond Malaysia

Sekeliling James Bond Island tu banyak pulau2 lain yang cantik2 dan turut menjadi tempat pegambaran filem kegilaan ramai tu. Tapi yang menjadi tarikan utama kat James Bond Island ni ialah bongkah batu yang unik tu la. Next… , kayaking time at Hong Island….. tempat berkayak ni tak jauh sangat dengan James Bond Island, tapi die macam patah balik la. Lebih kurang 5 minit dan sampai ke Hong Island. Dalam ktorang punye trip tu, ada yang tak ambik kayak pun ada. Yang tak ambik just tunggu dalam boat jelah. Tapi ktorang ambik.. kalau ambik, kite dapat masuk gua dan boleh boleh tengok batu batuan dengan dekat. Syok sangat. Tapi kena hati2 sikit la, sebab die lalu celah2 batu kapur stalactite dan stalagmite yang agak tajam. Aku punye guide kayak name die Pak Cik Ajis. Sempat pulak die bercerita pasal hidup die.. katenya die anam yatim piatu, mak ayah dan family die yang lain terkorban dalam nahas tsunami kat Phi Phi Don Island yang aku p smalam tu… ape pun, takziah ye pak cik…. ;(.  Hurmm.., taw tak kat tengah2 laut tu ada orang jual2 dalam boat. Jual jajan dan air minum, siap ada air kelapa lagi. Tapi aku tak beli pun, just ambik gambo je. Huhu.

kami..

 alahai...

be carefull!!

Masa lunch dah tibe… hari ni lunch ktorang telah disediakan di Panyee Village. Salah satu perkampungan terapung orang2 islam. Nak tahu tak macam mane kampung ni dapat name? Panyee ni sebenarya asal dari perkataan Panji dalam bahasa Indonesia. ok.. dalam 300 tahun yang lepas, terdapat 4 buah keluarga Islam dari Indonesia datang ke tempat ni.. dorang sebenarnya datang untuk mencari tempat untuk dibuat perkampungan. Mase tu, tak de alat2 komunikasi macam skrang, so, dorang pun selalu buat mesyuarat atas sampan je. Bile diskus2 dan semua setuju dengan tempat tu, dorang pun buat tanda tu adalah kawasan dorang.. mase tu, tak de alat canggih, so, dorang koyakkan baju dorang dan ikat kat kayu sebagai bendera menandakan tu kawasan dorang. Then dorang namakan kawasan tu sebagai Panji (dalam bahasa Indonesia maksudnya bendera).. until now, perkampungan tu masih wujud dan semua muslim, siap ada satu masjid besar lagi kat situ. Dalam air!!. Maknanya Islam kat sini sangat utuh la kan.., dan keluarga tadi semakin membesar sehingga membentuk satu perkampungan. kisah ni Nak yang citer... Haa, perkampungan ni jugak menjadi salah satu tarikan bagi tourist2 yang datang sini taw… kat sini banyak restoran terapung yang besar2 yang menyajikan semua makanan halal. So, lunch ktorang kat Panyee restaurant. Aku terpaksa makan semeja dengan tourist dari mane ntah, mat salleh la… kat meja tu, aku jadi tarikan.. hehehe.. mau nye tak, aku makan nasik dengan tangan!!. Tu pun pelik ke??? Abaikan.. huhu..

Panyee Village

view dari jauh

masjid dalam pembinaan

@ panyee

Lepas makan, ktorang p jalan2 kat kedai2 yang jual souvenir. Macam2 ada, ada baju, kulit kerang, key-chain, freez magnet, pearls, dan macam2 la.. aku macam biasa, tak beli pun, tengok2 je. sbenarnye aku rase ralat jugak la, sebab tak dapat pusing2 perkampungan tu kan. sebab mase tu hari nak hujan. kne rush balik. aku ade bace, kat panyee ni ade padang bola sepak yang agak femes jugak la. siap ada team lagi.. macam mane dorang main eh kalau air laut duk bergerakkkkk jeee... hurmm.. tu yang aku nak tengok tu.. ;(.

Dah siap makan n jalan2 kejap, terus naik boat nak belik jeti. Aktiviti dalam air dah pun tamat……. Ada dua lagi tempat yang bakal di kunjungi… sampai je jeti, masing2 naik van yang dah ada. Then, ktorang pun terus menuju ke Monkey Cave Temple. Same dengan Monkey Beach. Cuma yang ni Temple. Monyet kat sini cerdik2 taw. Bile die tengok je ada orang datang, terus die datang berpusu pusu. Memang menakutkan. Sepantas kilat die turun dari bukit dan tup2 dah ada depan mata. Ramai jugak yang beli kacang dan pisang untuk bagi monyet ni makan. Aku just tengok je... monyet2 ni duk kat luar temple. Dalam temple pulak banyak anjing… huhu… kene hati2 la sikit dan kalau jalan tu kene tengok2 kat bawah, takut terpijak taik monyet n taik anjing… sadis betul!!. Tapi aku masuk kejap je, just nak tengok2 je. tak tahan sebab banyak anjing dan suasana die kelam. menakutkan!

makan ye cik nyet....

dalam temple

kejap je singgah sini, sebab dah lewat. last skali, ktorang bgerak ke Ton Tai Waterfall. air terjun die ada 7 tingkat. tapi kecik je kawasan die. level 1 untuk kanak2, lainye utk dewasa. tapi aku n the geng naik level 2 je. malas nk naik jauh2. sebab die bagi mase 30 minit je. takut tak sempat. tapi ade jugak tourist yang same trip ngan ktorang naik level 3. bagi aku dah cukup dah tu. skadar nak basahkan badan dan merasa kesejukan air die.

Level 2

baru pas mandi

sejukkkkk....... harap2 pas mandi ni buleh la tdo dalam van kan, smentara nak sampai Aonang. memang tak meleset langsung ar jangkaan aku. naik je van, 5 minit terus lelap. campur ngan air cond lagi... sedar2 dah sampai hotel. 
turun je van, terus ambik moto dan lesappppp....... buat macam tempat ko pulak ye!!. sbenarnye nak p  ambik duit.. duit dah abis sebab baru lepas bayar kat abg rasyid smalam. aku and the geng pikir malas nak pegang lama2, takut terguna pulak duit yang nak bayar kat die tu. kalau korang nak tahu, ikutkan abg rasyid die suh kite enjoy2 dulu, tak yah pikir nak bayar pape2. hotel pun x bayar ag. main duduk je. pakej yang aku g merata tu pun langsung die tak ambik duit lagi. die cakap last skali baru die ambik duit. tapi, isau terhabis kang nanye... huhu. then, ambik keputusan bayar je smua smalam. tu yang hari ni tak de duit tu... ;)... nak dijadikan citer, akaun maybank aku pulak tak leh nak wat kuar duit..... adusss... jem giler!! kelam kabut gak la. then, cek2 dalam wallet, tengok ada duit RM... ape lagi, aku tukar ar duit tu kat cimb thai. pikir2 and congak2, masih tak cukup ag. baik terlebih dari tak cukup kan... then, aku pun duk la tercongok kat tepi cimb tu. sambil2 duk tengok2 orang lalu lalang, tringat la nak call maybank malaysia. aduhhhh.... call2 tak dapat. banyak kali call tak dapat!!. seyes dah mati kutu!!. nak dijadikan citer pulak, datang la sorang hamba Allah ni dengan wife die. die tanye 'kenapa bang?'. aku pun sengih2 la. segan doh. tapi aku citer gak la poblem aku kat die. mane tau die ada solution macam mne nak kuarkan duit dalam akaun aku tu kan.. haaa.. taw tak sape die tu??? nak tergelak pun ader... die orang m'sia gak la, bekerja kat maybank!!!. die bagi no phone meja kawan die. die suh mintak kawan die sambung bhagian kad atm dan tukar status pengeluaran antarabangsa. baru la dapat... huhuhuhu... senyum sampai telinga la... kalau tak dah macam ayam berak kapur dah aku kat sini. ktorang sempat gak la sembang2 dan aku share dengan die tempat yang aku dah p sepanjang aku kat krabi ni. sebab die baru je sampai. tak tahu ape lagi. aku siap bagi no phone abg rasyid lagi kat die. thanks bro ;). haaa... korang jangan jadik macam aku taw. kene buat siap2 sebelum p mane2. kang ade je yang tak balik negara sndiri.. 

bile dah settle poblem tu, baru la rase lapar. perut pun pandai, tahu pulak tuan die ade msalah duit, ko pun tak lapar la ye.. bagus2. tu namanya perut bersekolah!!. tengok2 kat seberang jalan ada orang jual-jual dengan moto. ape lagi... makan ar... aku makan pulut mangga. sedappp.....

gerai bermoto 

Mango Sticky Rice (pulut mangga)

Dah dasar kaki rewang, ktorang tak terus balik bilik. Sempat singgah kat beach lagi. Saje nak tengok sunset. Ramai pulak yang duk tunggu sunset. Lepas snap pic dua tiga, baru balik bilik…….

Ao-nang beach

feel it

jeng3...

Lepas isyak ktorang kuar lagi… kali ni nak shopping2 sikit. Esok dah nak tinggal aonang. Nak duk pekan krabi pulak. So, esok check out la kami dari Ao-nang sunset…… malam tu ktorang sempat g isi minyak moto. mahal doh. korang jangan rewang kuat sangat macam kami eh. kang duk tanggung minyak die je...

kedai2 sepanjang jalan ao-nang

Malam tu ktorang tak kuar lama sangat, sebab nak balik packing barang2. Siap packing, terus tdo…… zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

12th Oct 2013 (Day 5)
Hari ni, bangun agak lewat sikit…. Sebab tak de ape2 aktiviti. Lepas breakfast, Kak ana bawak ktorang p spa. Saje nak manjakan diri la konon… badan dah berkarat ada hati nak p spa… tapi, aku p jugak sebab kak ana cakap tempat tu best.  Tapi sebelum tu, ktorang check out dulu. Rase macam tak nak tinggal je aonang…  ;(

@ spa

Huh… lega rase bile dah urut2 dan rase ringan badan. Tempat die memang best dan servis die pun terbaik…
Dalam pejalanan nak ke hotel kat pekan krabi, kak ana singgah kedai souvenir. Banyak gak la yang aku beli. Siap beli paste masakan lagi… hehe. kat situ jugak, aku belanja anak2 kak ana makan ais krim dan kek..
Huh… banyak beli.. maklum la, esok dah nak balik… eh, korang taw tak, abg rasyid n family die siap nak duk hotel skali ngan ktorang lagi taw. Bilik asing2 la der…. Tapi time tu abg rasyid keje, malam baru die boleh join. So, sepanjang hari tu dengan kak ana and anak2 die je la.. tapi bile anak kecik kak ana nangis, aku pulak yang take over drive kete kak ana. Tapi x kesah la kan, diorang sume pun baik2.
Dah sampai hotel, kak ana bagi kunci bilik masing2. Kak ana cakap, rehat2 dulu nanti petang abg rasyid abis keje baru nak kuar makan. Ktorang pun ape lagi, okkkk je lah… dah dasar kaki tak leh duk diam kan, aku call membe2 ajak turun pusing2 pekan. degil betul!!. tapi ktorang hormat kat kak ana. sbelum trun, ktorang bagitaw die dulu. die ok je. Bile turun je, ktorang tak taw nak g mane sbenarnye. tapi buat2 tahu jugak lah.. redah je.

Krabi

siombol krabi

haa.. tu la, degil sangat. kan dah kene gigit!!!

sekitar pekan Krabi

kebetulan, mase ktorang turun tu, ade upacara keagamaan dorang. kat sini majoriti budha. aku tak tahu la ape name upacara die ni kan. tapi ngeri giler. main hiris2 lidah dengan pisau lagi. darah juar curah2. hari tu pulak hujan renyai2, jadi bau darah die makin kuat la. hanyir x soh duk cakap. kembang tengkuk aku tengok!! kat bawah ni ade video yang sempat aku rakamkan. kalau yang lemah semangat, jangan tengok k. 
jommm layannnn..... 

haish... sory geng, x dapat la. error uploading. lain kali ye. ok, sambung cite, lepas tengok dorang duk terkinja kinja atas jalan, ktorang ramai2 masuk pasar. saje je nak pusing2. tapi bile tengok banyak makanan yang dijual tak halal... cancel. ktorang terus naik bilik.... hurm.. lepas maghrib, abg rasyid call, dia ajak turun makan. ktorang ikut la, ingatkan makan2 biase je. rupernye, bila dah sampai kat kedai makan tu, lupe la name ape..., semua dah siap terhidang. dia dah booking awal2. banyak jugak makanan die. sedap2 pulak tu. yang tak penah aku makan, somtam goreng... sedap tapi pedas. huhu. kak ana cakap, abg rasyid selalu belanja customer die makan malam2 last. sebagai tanda perpisahan gitu... ape2 pun, tq abg rasyid n family.... ;)

Abg Rasyid

Abg Rasyid & family

lepas makan, abg rasyid cakap, malam tu ade pasar malam dekat hotel yang kami duduk tu. ktorang ape lagi, nak pegi la kan, sebab nak cari buah tangan untk frenz2. hurm... banyak gak orang jual2, dan banyak jugak yang ktorang beli..  penduduk kat sini kreatif2., so x mustahil hasil seni dorang cantik2.

pasar malam

penat jalan, ktorang pun naik blik msing2. aku sempat lagi tapau roti volcano. hehe.. makan dalam bilik.. sambil makan, sambil packing barang2. esok pagi dah nak balik.... last2, aku terlena dengan kepenatan... gud nite krabi!!

13th Oct 2013 (Day 6)
pagi, selepas subuh, ktorang dah siap2 nak g airport. abg rasyid hantar.sepanjang jalan tu, banyak sembang2 ngan abg rasyid. flight pukul 7.30, sempat jugak ktorang bergambo kat airport. bergambo kenang kenangan....


Krabi International Airport

kepanatan..

pukul 7.55am (waktu Thai), flight mula berlepas meninggalkan bumi Krabi.. bye Krabi.. semoga jumpa lagi next trip. sampai Lcct pukul 10.15am (waktu M'sia). 

touch down @ lcct

tamatla sudah entry aku kali ni. tapi sebelum tu, aku nak share alamat and contact number tertentu supaya dapat membantu korang semua berlibur ke Krabi..

Barracudas Tour (island tour)
245/7 Moo 2, Ao Nang, Muang, Krabi 81000 Thailand
Tel : (075) 637092, (075) 695111-2 (within Thailand) / +66 75 637092, +66 75 6951112 (from overseas)

Thepphanom Travel & Tour (elephant tour)
101/3 R.Sritrang T.Krabi Yai A.Muang, Krabi 81000 Thailand
Booking : 088 8250185, 084 9400400
Camp : 085 6780562, 083 5042210
Tel/fax : 075 662198

Sumate Koh Lanta Yai Safari (safari)
28 Moo 6, Ao Nang, Muang, Krabi 81000 Thailand
Tel : 085-477 3743, 087-280 9543, 090-489 6715

Ao-Nang Sunset Hotel
268 M.2, Ao Nang Beach, Krabi 81000, Thailand
Tel : (075) 637441-2 (within Thailand)  +66 75 637441-2 (from overseas)

Boossabakorn Spa & Beauty (spa)
132/35 Moo 2 Aonang Muang, Krabi 81000 Thailand
open : 10.00 am – 10.00 pm daily
tel : (075) 695615, (075) 637422
hp : (081) 7196750


p/s : kalau nak senang, arrange je dengan abg rasyid. Die akan urus semua. Ni no die.
Rasyid Tour And Service (Haji Abdul Rashid Bin Haji Abdul Rahman)
Boleh berbahasa melayu
Hp: (+66) 084 8488137 / (+66) 084 8426211