Wednesday 20 November 2013

Medan, Indonesia

...Nov 2013...

14 Nov 2013 (Day 1)

Lepas subuh, bergerak ke Lcct airport.. boarding pass dah ade. So, x de la rushing sangat kan… Flight pukul 7.40am. macam biase, sampai sane, sempat lagi breakfast… kali ni ktorang ke medan dapat rate 1 juta = RM285. jutawan beb... 

breakfast @ old town

boarding time

selamat jalan...

atas flight

Pejalanan dari KL ke medan lebih kurang 1 jam. So, ktorang sampai dalam pukul 7.40 am (waktu Indonesia). Sampai sane, teruja jugak la sebab airport die besar sangat. Cantik… dan nampak macam baru..  bila dah sampai dekat balai ketibaan, ktorang punye guide x de. X de pun welcome sign utk ktorang… agak cuak gak ar. Call2 tak dapat.. cuak habis!. Then, duduk tercongok la tepi tiang. Alih2, dalam 15 minit lepas tu, welcome sign “Noor Aznam Shaari” baru la nampak. Die baru sampai rupenye. 1st skali die minta maaf sebab terlewat. Dia tak sihat hari ni katanya… ok la, tak nak spoil mood, ktorang wat slumber je la…. Sambil jalan kaki ke kereta, dia introduce himself. Andi nama die. Muda lagi. anak dah ada 3!

with andi

Transport ktorang hari ni adalah kete jenis Avanza. Atas kete, byk ktorang sembang… katanye nak p bandar medan dulu. Breakfast. Aku makan soto padang. Yang lain semua nak minum je.. Kat sane jugak, ktorang kene tukar guide. Sebab Andi tak sihat. Kawan die yang ganti. Name die Danu. Dua2 baik dan banyak cakap. Suka bergurau… suka kenakan orang pun ada jugak!! Hehe..

soto padang

khusyuk andi dan danu dengar citer...

Lepas tukar guide dan lepas breakfast, ktorang terus menuju ke Tasik Toba. Jarak dari Bandar medan ke tasik toba adalah lebih kurang 176 km, (5 jam lebih kurang). Lama kan…?? Sebab laluan die sempit, jalan kampung dan naik turun bukit. Medan ni agak crowd jugak, sebab die Bandar ke-3 terbesar di Indonesia. Bandar terbesar skali adalah Jakarta, then Surabaya, dan medan…… ke-4 bandung and etc..
sepanjang pejalanan ktorang banyak sembang2 pasal sejarah medan, sejarah orang batak, dan byk lagi lah. dahulunya Medan dikenali sebagai Tanah Melayu Deli. Medan juga berasal dari kata "medan" pahlawan. so, orang2 medan ni asalnya darah golongan pahlawan.
Hurm.. sembang punya sembang, ktorang lalu pulak jalan Sisingamangaraja. Danu pun ceritalah hikayat Sisingamangaraja kpd ktorang... kisahnye begini... dulu, semasa pemerintahan belanda, ada sorang raja name die Sisingamangaraja. raja ni ada ilmu kebal dan die telah menolak pemerintahan belanda pada ketika itu.. so, kekebalannya tidak boleh ditembusi. kekebalannya akan hilang jika terkena darah anaknya sendiri. jadi, pihak belanda telah menembak anaknya tanpa pengetahuan sisingamangaraja. dek kerana sayang akan anak tunggalnya, sisingamangaraja telah memeluk anaknya yang berlumuran darah. di saat itu jugalah orang belanda mengambil peluang menembak raja sisingamangaraja disebabkan oleh kuasa......
lepas tu, ktorang lalu pulak kawasan Mas Rampah.. kat sini banyak bangunan peninggalan belanda yang masih kekal sebagai warisan peninggalan belanda (macam jonker street, melaka gitu...).
 then, ktorang lalu pulak satu kawasan tu, name die Tebing Tinggi. kawasan tu penuh dengan org jual lemang. kiri kanan jalan. danu cakap, lemang kat sini makan dengan sekaya. kalau kat tempat kite makan dengan rendang kan?.. so, ktorang trase mcm nak cuba sebab danu cakap sekaya die sedap. homemade. harge die, lemang 10 ribu (rm2.84) dan sekaya 8 ribu (rm2.27). tapi, betul cakap danu. sekaya die memang sedap. rase lemak2 dan manis2 gitu. lemang tu biase jelah rase die.

lemang + sekaya

as in our itenerary, Danu stop dekat Paten Shop. kedai menjual local food product such as Teng Teng, Ting Ting, Tang Tang, Tung Tung, Pang Pang, Ping Ping dan byk lagilah... homemade. menurut danu, name produk2 ni asalnya dari nama anak2 die, Teng Teng, Ting Ting and bla...bla...bla... Pang Pang dan Ping Ping tu pulak name adik die.. hurm..dont worry, makanan yang dijual kat sini dijamin halal walaupun toke die cina. tapi, pekerja die semua muslim. dah sampai sini, kalau tak beli, rugilah kan. aku beli jugak sebagai ole2 medan. 

Paten Shop

@ paten shop

Teng Teng, Tung Tung,  Kacang dan kerepek binjai pedas. ole2 medan

lunch time.... lunch kami dekat rumah indah 2, kawasan Permatang Siantar. kawasan ni banyak dihuni oleh suku kaum batak mandaling yang majoritinya beragama islam. suku kaum batak ni ada 3, Mandaling, Karo dan Toba. mungkin next entry aku cite serba sikit pasal orang2 batak ni eh...

our lunch

selesai menjamu selera, ktorang meneruskan pejalanan ke tempat yang dituju. dalam pejalanan kali ni, pemandangan aku x terlepas dari perkataan B1, B2 dan BPK. haaa.. nak taw tak ape tu?? B1 maknanya anjing, B2 babi dan BPK adalah babi panggang karo. ni adalah makanan orang2 batak kat sini. kalau korang datang sini, jangan tersalah masuk kedai makan pulak ye. kalau die tulis perkataan tu, tok sah duk masuk la ye. kang cari pasal pulak... bile sampai sini, jangan terkejut bile korang tengok kedai makanan muslim bersebelahan dgn kedai makan B1, B2 dan BPK ni. kat sini dah biasa dah. dah macam tak de ape2. kembang pulak tengkuk aku ni duk citer hal ni. dah la eh.

panggang B2

then, ktorang lalu kat satu kawasan yang kiri dan kanan die dipenuhi dgn pokok mahagoni (pokok tunjuk langit). danu ckp, batang pokok die orang wat piano (ooo baru aku taw...).. buah die aku taw la, boleh buat ubat.
now, masuk pula kawasan yang agak pedalaman sikit. ape yang menarik perhatian aku, senibina kubur orang2 batak kat sini. kubur die besar2, macam rumah. bagi orang2 batak, kubur menandakan tahap kekayaan mereka. kalau kubur dorang besar2, maknanya die ni orang kaya lah. dan sebaliknya begitulah. kadang2, kubur dorang lebih besar dari rumah yang mereka tinggal. tapi, kalau korang nak tahu, kubur orang2 batak ni bersepah sepah. diorang akan bina kubur di atas tanah mereka sendiri. x kiralah depan umah ke, belakang umah ke, tepi umah ke, dalam tanah kebun ke, tengah2 sawah ke... ikut suka dorang. mengikut danu,  orang2 tua kaum batak ni memang telah mewasiatkan anak2 die supaya membina kubur mereka di tengah2 tanah milik mereka, supaya anak2 mereka kelak tidak menjual tanah peninggalan yang ditinggalkan. yelah, sape mahu beli tanah yang ada kubur, ye dak.. pandai jugak orang2 batak ni kan... dorang tak nak anak2 die bergolak begadai masa dorang tak de.
dalam suku kaum batak pula, orang lelaki tak bekerja. yang bekerja adalah perempuan. bagi mereka, lelaki umpama raja. sebab tu, kalau orang tua ada anak lelaki bujang, mereka akan menyuruh anak die merantau. supaya, anak die boleh belajar berdikari. tapi, memang betul. sepanjang laluan masuk ke kampung dorang, aku tengok yang perempuan je masuk kebun, angkat barang, dan buat kerja la. yang lelaki pulak duk sembang2 kat kedai kopi je, walaupun kedai kopi tu dekat dengan kebun. memang macam raja lah!!.
haa... sekarang, dah masuk kawasan pokok pines. maknanya dah nak sampai lake toba la ni. kulit pokok pine ni orang wat kertas, getah die orang buat thinner. byk sangat kat sini... 1st time tengok agak teruja jugak. huhu. ermm... akhirnya setelah puas duk dalam kete tu, dalam pukul 4.30pm ktorang sampai kat Lake Toba. ketinggian lake toba ni adalah 900 meter dari aras laut. sampai je, danu terus bagi kunci bilik masing2, katanya p berehat dulu. muka dah macam tempe dah masing2. ;).
hotel yang ktorang duk ni ialah Patra Jasa, Parapat, Lake Resort. view die menghadap lake toba. memang santai dan cantik sangat. suhu kat sini pulak memang sejuk.

Patra Jasa Parapat Lake Resort

lepas snap pic kat depan tu, ktorang terus masuk bilik. penat sangat. nak rehat2 dulu. tapi, pukul 5.30 ktorang kuar nak ambik gambar... sebab takut tak sempat kan..kena curi2 masa la..

Lake Toba

Mengadap Samosir Island

kami..

dan kami lagi...

lagi2 kami...

 ehem3...

Lake Toba view

kami pencinta alam (sebenarnya kami yang bercinta.. hehe)..

 mendamaikan...

 kami berjiran... tapi....... jeng3!!!

 intai jiran jap.... haaaa... pigidaaaaa.. huh!

saje-saje..

dinner3... hurm... memang sangat dinantikan. sebab dah lapar sangat dah eden ni. dinner pukul 7pm kat hotel. pekena sup dia yang panas2, memang best...

dah x de kejo, cari kejo lah ekau yo..

namanya kan turist, layananya mesti kelas gitu pakkkk.....

hurm... lepas makan, nak balik bilik. sebab kat sini tak de ape2 aktiviti yang boleh di buat. ada bilik karaoke, tapi mase tu ada orang guna la pulak... huhu.. dah lame tak test sore ni. ngeh2. haa.. sebelum masuk bilik, sempat ktorang jadi pakguard meround keliling hotel malam2. saje ambik angin malam. dengan sejuk dan memang mendamaikan. sunyi sepi dan x de dengar hiruk pikuk kota. then, zzzzzzz. nite sume.


15 Nov 2013 (Day 2)
Bangun pagi, terasa sejuk sangat.. tapi gagahkan juga sebab pagi ni nak kene check out. ape2 pun, breakfast dulu... breakfast pagi tu pkul 7am.

bye 102, 103

breakfast

bye PatraJasa..

Lepas breakfast, dalam pkul 7.30 am ktorang naik kete p ajibata. Tempat nak naik bot ke Pulau Samosir. Dalam pejalanan nak p sane, ktorang lalu Panatapan (tempat menatap keindahan Lake Toba sambil minum kopi) dan pekan Parapat. Nice jugak view die dari panatapan ni. Tapi kene hati2 pilih kedai kopi, sebab kat sini lebih 95% adalah kristian. Anjing dah jadi macam kucing dah kat sini.

Panatapan

Sampai kat ajibata, Danu park kete dan ktorang jalan kaki nk p ke bot. sambil jalan, sambil tengok keadaan sekeliling. Agak kotor kawasan die. Tekak dah mula rasa loya2. Mau nye tak, bersepah sepah kedai B1, B2 dan BPK. Siap ada yang bgantung depan2 kedai lagi. Pasar pork dan anjing pun ada. Ramai pulak yang duk tunggu nak beli… huhu.. ahhh abaikan!!

keadaan jalan yang becak

Sampai kat tempat bot, ktorang kene tunggu sebab bot bergerak pkul 8.30am. sambil tu, possing la… tapi ktorang x p jauh dari bot. takut dengan keadaan persekitaran die. Just possing dekat2 dengan  bot je.

public boat menuju ke Samosir Island

8.35am barulah bot bergerak ke Samosir Island. Kebanyakan orang atas bot tu adalah penduduk sekitar. dorang p sane utk menjual hasil pertanian, ikan, kuih muih dan nasi kat pulau samosir. Sebab kat pulau samosir ada pasar. Jadi, atas bot yang ktorang naik tu, banyak barang2 jualan yang mereka bawak utk ke sana. Tambang bot aku tak tahu, sebab ktorang punya dah termasuk skali dengan pakej. Danu yang bayarkan utk ktorang. Sepanjang pejalanan menerusi tasik toba, aku rase agak teruja sebab view die cantik…

Hotel di pinggir Danau Toba yang bercirikan rumah suku kaum batak

ragam atas bot

Samosir Island, Indonesia

nice view


Lebih kurang pukul 9.15 am, ktorang sampai di Kampung Tomok (yang bermaksud “gemuk”). Sampai sane je, ktorang dapat sedikit briefing dari danu. Berkenaan sejarah orang batak toba  di sini. Agak menarik perhatian kami. Sharif asyik dengan kamera Nikon die tu.  Aku dgn yang lain2 kejap2 anguk… kejap2 angguk.. tanda paham dengan cerita danu.. dah macam dalam kelas sejarah pulak. Hehe.

khusyuk...

one thing yang korang perlu tahu, kat sini perkataan HORASSS tak bleh ditinggalkan. horas ni maksud die ucapan greeting la. macam, selamat pagi, petang, malam, selamat sejahtera, selamat membeli belah dan semua la. haa, kan senang guna one word je. perlu korang tahu jugak, horas ni adalah greeting utk kaum batak toba je taw. 

Horas

Lepas dapat penerangan dan ktorang tahu serba sedikit pasal orang2 batak kat sini, barulah danu bawak kami pegi melawat rumah tradisional orang2 batak. Sekali pandang, macam rumah orang minagkabau kan… tapi, sebenarnya lain.. kalau rumah minangkabau, runcingn atapnya seperti tanduk kiri ke kanan, dan kalau rumah tradisional orang batak, runcing atapnya dari depan ke belakang.. tapi yang depan mesti lebih tinggi dari yang belakang. 
tapi ape yang menarik dengan reka bentuk rumah ni adalah die dibina tanpa menggunakan paku. Sebaliknya hanya menggunakan pasak. 
Rumah tradisional orang batak sebenarya ada 3 tingkat. Tingkat pertama digunakan untuk memelihara haiwan ternakan dorang. Cth, anjing, babi, ayam, lembu dan kambing. Tingkat kedua adalah untuk kediaman tuan rumah. Tingkat ketiga adalah untuk hasil pertanian mereka. Cth, padi, sayur2 dan buah buahan. Sebab utama hasil tani berada di tingkat paling atas adalah untuk mengelakkan ianya dicuri. Kerana, sekiranya ada pencuri yang ingin mencuri hasil tani mereka, si pencuri akan melalui tingkat 2 yang mana dihuni oleh tuan rumah dahulu sebelum dapat naik ke tingkat 3. 
Pintu rumah tradisional orang batak toba dibina dengan saiz yang kecil. Ini kerana, orang batak toba sangat menghormati tuan rumah. Jika seseorang datang ke rumah, sebelum masuk, die mesti tunduk membongkok untuk melepasi pintu yang kecil. Jadi, tunduk membongkok itu adalah satu penghormatan kepada tuan rumah.
 setiap rumah orang batak juga mesti ada hulubalang atau Tung-Tung. hulubalang/Tung Tung ni diperbuat dari buluh atau kayu dan digantung pada rumah masing2. hulubalang ni diketuk sebagai tanda ada kes kecurian or emergency. cara untuk bagitaw/mengumpulkan orang2 kampung la. yela, dulu kan mane ada handset. 

Replika hulubalang/ TungTung

Tung Tung

satu lagi, kalau korang nak tahu perbezaan antara rumah orang batak yang dari golongan kebanyakan dengan yang dari golongan raja2,  korang tengok pada warna rumah tu. kalau rumah yang dari kalangan raja2, warna rumah die mesti ada warna merah, putih dan hitam. ada la maksud2 die tu, aku lupe. huhu. dan satu lagi mesti ada gambar muka orang garang kat depan rumah die. simbol untuk menghalau hantu atau ape-ape unsur jahat dari masuk dalam rumah die. bagi menakut nakutkan gitu. kepercayaan die la.
kalau korang nak tahu, rumah ni x de bilik. die macam rumah panjang kat sabah sarawak. boleh tinggal dalam 4-5 buah keluarga dalam sebuah rumah. yang menariknya, yang tua mesti tidur belah belakang, dekat dengan dapur. yang muda2 dan baru kawin tidur belah depan. memang die punya adat mcm tu. tapi, sekarang ni dah tak ikut adat tu dah. sekarang ni satu rumah, satu keluarga. rumah2 ni masih dihuni oleh orang2 batak toba kat sini, sebab tu ktorang just boleh tengok dari luar je. tapi dorang masih mengekalkan reka bentuk asal rumah tradisional mereka. 


Rumah tradisional orang batak toba yang dari kalangan org kebanyakan


Rumah tradisional orang batak toba yang dari kalangan raja2

cube tengok kat depan umah tradisional orang batak toba yang dari kalangan raja2 tu, prasan tak ada patung berbaju hitam? haa, patung tu name die Sigale gale. die anak raja sebenarnya. kat sini juga ada pertunjukan tarian sigale-gale. kene bayar 80ribu kalau nak tengok. 

ada ciri-ciri penari sigale-gale tak??

after that, danu bawak ktorang p melawat makam diraja. sebelum masuk makam, ktorang kena pakai selendang yang telah dikhaskan. sebagai tanda hormat. name selendang ni ialah ulos.

Makam Raja Sidabutar

Tata tertib pengunjung

kene pakai ulos

bila masuk, danu suruh ktorang ucap horas sebanyak 3x sebagai tanda greeting. ucap ramai2 sambil angkat ulos. tapi, kene ucap dengat kuat dan bertenaga. kalau tak, danu suh buat lagi. memang ar, group ktorang kena buat 2 kali baru jadik. mula2, biasalah, segan silu gitu... sore pun x kuat. konon ayu kan! x pasal2 kene buat semula. huh!

horas! horas! horas!

bile dah selesai greeting, danu suh group ktorang duduk kat kerusi yang telah dikhaskan. die nak bercerita pasal Raja Sidabutar dan kaum kerabat raja yang lain. tabik ar dengan danu ni. die ingat satu2 name raje2 yang panjang2 dan belit2 lidah eden ni nak menyebutnye. 

Makam Diraja

selesai bercerita, group2 lain dah mula masuk. ktorang ape lagi, nak cabut la.. tapi kene greeting horas dulu sebelum balik...... rase excited sebab dapat rase satu pengalaman yang baru...

Horas! horas! horas!

korang nampak tak gambar ape kat tiang pintu gerbang tu? tu sebenarnya lambang orang batak. cicak, breast dan pahlawan. 
cicak - orang batak diumpamakan sebagai cicak. boleh hidup di mana-mana. 
breast - orang perempuan batak sangat terkenal dengan kesuburan. seorang wanita batak boleh menyusu anak2 tanpa bantuan susu formula. mase dulu2, terdapat satu keluarga yang mempunyai 27 orang anak dan ibunya menyususkan kesemua anak2nye sendiri. orang batak juga terkenal dengan bilangan anak yang ramai. jadi, org2 batak ni percaya bila ank2 sudah besar dan pergi merantau, anak2 akan balik disisi ibu die juga akhirnya. dan sebab tu, simbol cicak dibuat menghala ke breast. maknanya ke mana saja die pergi, die tetap akan balik ke sisi ibu die. 
pahlawan - orang-orang batak adalah darah kepahlawanan. semangat keperwiraan sangat tinggi dalam diri orang2 batak. 

Lambang orang batak

anak2 murid cikgu yang rajin

selepas melawat makam diraja, aktiviti adalah bebas. boleh pusing2 tengok keadaan sekitar perkampungan batak. ktorang bergerak dalam group p pusing2, ktorang tengok kat board, ada muzium orang batak. ktorang pun ape lagi, p serbu la...

Batak Muzium Tomok

gambar berlatarbelakangkan muzium batak

muzium versi dekat

kat muzium ni, kite boleh masuk. free je. tak yah bayar. yela, nama pun free kan. tak kan kene bayar pulak. huhu.. dalam tu, macam2 barang yang menggambarkan kehidupan sebenar orang2 batak kat sini. barangan kraftangan orang2 batak pun ada dijual dalam ni. 

barangan kraftangan yang dijual

korang jugak boleh try pakai pakaian tradisional orang2 batak yang ada dalam muzium ni. tapi, kalau nak pakai, kene bayar 10 ribu rupee, duit masuk tabung. pakaian die cenggini ler...

pahlawan batak versi malaysia

sebelum meninggalkan bumi samosir, aktiviti last ialah pusing2 melihat kedai souvenir. horas, perkataan yang dimestikan kalau nak membeli dan tawar menawar. tapi, kalau korang dah start menawar, korang kene dan terpaksa beli. orang2 batak ni die garang sikit. kalau korang tak beli, die marah. aku senang je, die offer ape2, aku tolak je cara baik. lagipun, danu cakap harga yang ditawarkan kat sini agak mahal berbanding dengan yang ditawarkan di bandar medan. so, aku just cuci mata sambil tengok dorang punye lifestyle

sekitar pulau samosir

cuci mata

now, dah sampai mase utk ktorang bergerak balik ke ajibata dan mereuskan pejalanan ke next place pulak.. bye samosir island. horas! horas! horas!

 selamata jalan

meninggalkan bumi samosir

lebih kurang pukul 11.45am, ktorang sampai di ajibata, parapat. sampai sane, terus naik kete dan menuju ke sebuah restoran masakan minang untk lunch. nama restoran tu ialah restaurant istana minang

santapan minang

lepas makan, ktorang meneruskan pejalanan ke Berastagi melalui jalan jepun. kecik je jalan die. betul2 boleh muat dua bijik kete. jalan ni dibina oleh tentera jepun semasa pemerintahan jepun dulu. sebab tu nama jalan ni, jalan jepun.
dalam pejalanan, danu stop kat Tanjung Unta. dari atas boleh nampak pulau unta (bentuk die macam unta).

Tanjung Unta

tak ketinggalan, ktorang ambik peluang untuk try buah kopi yang masih fresh kat pokok. so, danu singgah jap kat ladang kopi. buah die manis. kat sini banyak kopi yang ditanam untuk tujuan komersial. yang kitorang sempat tengok, kopi arabica dan kopi robusca. kopi arabica biasanya diproses untuk dijadikan kopi starbuck dan kopi kapal api.  kebanyakan penduduk kat sini tanam kopi rabusca yang mane hasil dapat dituai dalam mase 3 bulan. proses pembuatan kopi adalah; kopi dituai, kemudian dikeringkan, dan kemudian di panggang dan barulah ia dimesen menggunakan pengisar dan alat2 yang berkaitan.

buah kopi 

sepanjang jalan, ktorang dapat tengok macam2 jenis pokok kayu. antaranya pokok pines dan pokok kayu putih. pokok kayu putih ni digunakan untuk buat minyak angin. tak sempat nak snap pic. sebab dalam kete kan.. sama macam semalam, ktorang tengok orang perempuan batak giat duk bercucuk tanam kat kebun, orang laki pulak duk sembang2 kat kedai kopi bersebelahan dengan kebun si perempuan ni buat keje.. almaklumlah, raja kan, x leh wat keje la... (ade ke camtu??). lantak korang la eh.
bagi mengelakkan kami rase bosan, danu x berenti renti duk cite pasal tu, pasal ni.. hikayat tu, hikayat ni... sampai la main teka teki. kecoh dalam kete tu. haa.. cube teka, kalau kereta kat M'sia, roadtax die di tampal kat cermin depan kan? kalau kat indonesia, die letak kat mane?? hurm.. jenuh ktorang pikir. macam2 jawapan yg kluar. pintu depan la, pintu belakang la, side mirror la. macam. sampai ada yang bg jwapan, memang tak de roadtax. serabai punye jawapan... alih2, jawapan die ada dekat no plat kete. maknanye, kat sini, no plat kete kene tukar setiap kali nak renew roadtax la. 

Julai 2017

sedar tak sedar, ktorang dah sampai ke kawasan yang paling tinggi. sejuk je rase. kawasan tu name die Simarjarunjung. kat sini yang menariknya ialah teh halia + pisang goreng dan kopi luwak (kopi taik musang). disebabkan menu terkenal kat sini teh halia, danu siap tunjuk kat ktorang bahan2 yang diperlukan dalam membuat teh halia. rase die pedas dan berangin. erkkk, x habis pun aku minum.. kopi luwak die agak sedap. ada sikit je tak abis. 


Simarjarunjung

kopi luwak

Teh halia + pisang goreng

bahan2 untuk memproses teh halia

Restaurant @ Simarjarunjung

lebih kurang setengah jam ktorang brenti minum sambil menikmati view dari atas, ktorang pun teruskan pejalanan more and more. dalam hati, aku berkata, "jauh jugak pejalanan dari satu tempat ke satu tempat eh, dah la jalan die tak berapa elok".. tapi, tak kesah la, bukan aku yang drive pun. huhu. menurut danu, Sumatera merupakan tempat yang paling banyak ada gunung berapi yang masih aktif. kira-kira 22 bijik. di samosir island ada 1, berastagi ada 2, padang ada 7, riau ada 1, palembang ada 1, dan banyak lagi lah. bila si danu cakap pasal gunung berapi, teringat pulak soalan aku pada andy bile 1st day sampai medan ni. "tempat yang kite nak pegi ni dekat tak dengan kawasan gunung berapi??"... andy senyum dan gelak. mungkin dei nampak muka aku cuak kot. 2 3 hari sebelum mai medan, aku tengok berita pasal gunung sinabung dan sibayak melutus. tapi aku tak tahu kat mane. yela, Indonesia kan luas. tu yang aku tanye andy tu. ermmm, jawapan die..... "memang kite nak pegi sane pun!" mak aihhh..., dalam banyak2 tempat, situ jugak yang masuk pakej. tapi, die cakap "tak pe, gunung tu tak meletus pun, cuma keluar asap je. tak merbahaya pun". then aku jawap "ok", walaupun dalam hati memang tak ok!.
then, ktorang dah masuk kawasan batak karo. greeting untuk kaum batak karo ni "MEJUAH-JUAH". kalau tadi, horas untuk batak toba, sekarang mejuah-juah pulak. orang batak karo ni uniknya bila meletak nama anak. die akan letak nama anak bedasarkan ape yang dilihat dan difikirkan cantik bagi die. contoh, bunga, lori, kereta dan macam2 la. sampai nama yang pelik2 pun ada.
next stop, ktorang brenti kat Sipiso-piso waterfall. waterfall ni terletak di Kampung Tonggeng. ketinggian waterfall ni adalah lebih kurang 100 meter. tinggi kan... kawasan die pun sejuk. kena tempias air terjun sipiso-piso. kat sipiso-piso waterfall ni juga merupakan penghujung kepada lake toba. so, maknanya besar kan lake toba... danu cakap, kalau nak turun sampai kaki waterfall pun boleh, kalau nak tengok dari dekat, tapi nak turun sampai sane, lebih kurang 1 jam. nak naik, tak tahu la pulak bape jam...so, ktorang malas nak ambiik risiko, tengok dari jauh jelah.
lagi satu, berhadapan dengan sipiso-piso waterfall ni, boleh nampak Gunung Sinabung yang dikatakan meletus baru-baru ni. tapi sebenarnya die tak meletus, cuma keluar asap je. ketinggian die lebih kurang 2400 meter.

Penghujung Lake Toba

view penhujung lake toba dan sipiso-piso waterfall

we was here!!

buat ape tu cik abang??

Sipiso-piso waterfall

Danu, Babak, dan Sharif

Berlatarbelakangkan Gunung Sinabung

macam biase, lepas stop, ktorang teruskan pejalanan lagi... berapa banyak terus daaa.... sepanjang jalan, aku tengok banyak kebun-kebun sayur eg: tomato, potato, kubis, terung, limau manis, carrot dan byk lg lah.. al maklumlah, tanah die subur kan, tanah gunung berapi katakan... tanam ape pun menjadi. ye dak.. jangan tanam hati dah la kat sini, takut nanti sangkut pulak dengan mat2 dan minah2 karo ni.. kang wat nanye je!!
tapi, kalau nak try, ape salahnye kan... wife danu pun orang batak jugak. batak toba. tapi die dah masuk islam lepas kawin.
dalam pejalanan jugak, ktorang nampak gunung berapi sibayak yang juga masih aktif. yang aku cite tadi tu la, yang dikatakan meletus tu. tapi, dari jauh aku nampak just keluar debu dan asap je. dari dekat, tak tahu la macam mane kan....
banyak pekan2 kecil yang ktorang lalu, macam pekan tiga panah dan pekan kabanjahe. bile lalu kawasan pekan, baru la boleh tengok suasana kehidupan dorang sehari-hari... rase bertuah duk di bumi malaysia. ceh, tibe2 pulak mai perasaan patriotik. hehe..

batak karo

sekitar pekan

keadaan jalan raya yang sesak

lebih kurang dalam pukul 5 petang, ktorang dah masuk kawasan Berastagi. maksud berastagi ni sebenarnya ialah beras wangi. di berastagi, boleh dikatakan muslim dan kristian adalah 50-50. kat sini ramai yang dah kawin campur.
cakap pasal kawin campur, teringat pulak aku kat penyanyi top Indonesia, KD or Kris Dayanti. Die kan muslim, husband die kristian… boleh ko mcm tu?? Then, aku tanye la kat si danu ni. Danu cakap, kat Jakarta tak de halangan kalau kawin lain-lain agama dan tak de paksaan dalam beragama. Means, tak pe kalau kawin dengan org bukan islam tanpa convert ke islam terlebih dahulu. Anak yang dilahirkan nanti jadinye tak de agama la. Bile umur die capai 18 tahun, baru la boleh pilih agama mane yang die nak. Cenggitu pulak ye.. tapi, berbeza pula dengan kat Medan. Kat medan, kene pilih salah satu agama. Means, kalau kawin dengan org kristian, die kene convert ke islam dulu baru bleh kawin. Macam danu and his wife la. Wife die kristian (batak toba), tapi sekarang dah masuk islam dah. Sempat gak danu cite pasal kisah cinta die dengan wife die dulu2… heheh….
Lebih kurang dalam pukul 6, ktorang dah makin hampir dengan hotel. Rase penat pulak. Tapi, sebelum check in, ktorang singgah dulu kat Pasar Buah. Kat sini banyak sangat buah2 yang fresh. Semua ditanam oleh orang2 tempatan. Aku sempat jugak beli buah limau manis, mangga madu dan mangga susu…

Pasar Buah

beli buah

Ermmm… suhu kat berastagi memang sejuk. Lebih sejuk dari Tasik Toba. Jalan2 kat pasar buah terasa macam duk Cameron Highland. Sejukkkk… sejuk2 cenggini, pekena jagung rebus panas2, sedap jugak. Haa, kat sini banyak warung jual jagung rebus manis. Tapi kena pilih yang halal la… kalau korang nak naik kuda pun boleh. Die bawak g pusing2 area situ. Tapi kene bayor la ye. Ktorang tak naik pun, just makan jagung je kat situ….

makan jagung manis rebus

kuda

lepas tu, ktorang lansung ke hotel. ktorang duduk hotel Horrison Berastagi, bilik 303 & 304. nice view dan suhu die memang sejuk giler. tak ade aircond n kipas. pukul 7 malam, dinner.

muka kelaparan

antara menu dinner kami

after dinner, time untuk rehat2. ktorang makan buah2 yang dibeli kat pasar tadi sambil menikmati view hotel die yang cantik. then, barulah ktorang masuk tido......zzzzz


16 Nov 2013 (Day 3)
nak bangun pagi2 di Berastagi, memang liat. sejuk2 sedap dalam selimut... ekeke.. tapi, pagi tu dah janji ngan danu nk p mandi sulfer di kaki gunung Sibayak. gunung berapi tu la.. harap2 tak de ape2 yang berlaku... nampak sangat takut kan... sebenarnye, mandi sulfer ni tak termasuk dalam package ktorang. tp. ktorang tambah sendiri. keno bayo 300 ribu Rp untuk sebuah kete... saje nak merasa. bile lagi kan.. dah alang2 sampai. tapi, sebelum tu, ktorang breakfast dulu kat hotel...

menu bf kami

lepas breakfast je, ktorang langsung ke kaki Gunung Sibayak. rase teruja jugak sebab nak p dekat kan.
Dalam pejalanan ke sana, ktorang boleh tgk rumah2 batak karo yang kecil dan sempit.. tgk lifestyle dorang,.. dan tengok kubur yang grand2 ala2 rumah orang kaya…. 

rumah orang batak karo

Makin dekat dgn kawasan gunung sibayak, bau sulfur makin kuat… 

view Gunung Sibayak dari jauh.. 

sampai je sana, ktorang beli scrub debu gunung berapi sibayak. 1 paket cuma 5 ribu rupee aje. Die baik utk kulit. Ingat nak bawak balik m’sia, tapi takut kena tahan kat airport, sebab die paket2 debu, nanti kan orang ingat dadah pulak… huhuhu… ;).. kat sane banyak kolam2 air panas yang telah diubahsuai, tapi air panas dan sulfur masih lagi semulajadi. 

dah sampai!!!!

kolam2 air panas belerang yang terdapat di sini

kolam sumber mata air yang mengandungi sulfer sebelum dialirkan ke kolam2 lain

view dari dekat

amacam bro...? macam takut je nak masuk.. ambik mood eh?

danu pun satu... main acah2 pulak die

die dah mari sronok lah tu..

kami yang berlatarbelakangkan Gunung Sinabung

kami nak jadi micheal jackson!!

Subhanallah...

bye bye

2 jam ktorang santai2 kat sane, time to balik hotel la pulak. On the way balik, ktorang nampak ramai pekerja Pertamina tengah buat something kat kaki gunung sibayak. Siap dengan lori2 lagi.. rupenyee, danu cakap, dorang tengah ambik gas dari gunung tu untuk di buat gas memasak. Gas Pertamina tu sebenarnya di ambil dari gunung ni la.. satu lagi, air mineral Aqua (jenama air mineral no.1 di Indonesia) juga di ambil dari sini. Indonesia ni banyak sumber sebenarnya, tapi mungkin disebabkan penduduk yang ramai dan kekurangan tenaga mahir, Indonesia kurang mengeksport hasil negaranya. ceh, dah macam lecturer pulak aku ni.. lalalala

Stesen Minyak Pertamina

Aqua
Sampai hotel, perkara pertama skali aku buat, mandi…. Sisa2 sulfur melekat kat badan dan baju… pastu, siap2 nak check out. Sebelum tinggalkan hotel, sempat lagi ktorang snap pic kat area2 hotel. Dari sampai semalam, belum sempat lagi nak snap pic kat kawasan hotel…

Horison Berastagi

tulun! tulun!.. u nak bawak i p mano ni?

swimming pool

Selesai acara bergambar, ktorang menuju ke Taman Sari Alam. 10 minit je dari hotel. Mula2, ingatkan taman, tapi bile sampai, rupenya die temple Buddha. Jalan masuk ke temple tu dipenuhi dengan kebun avocado, tomato, strawberi, kubis dan macam2 sayur lagi lah.. Temple tu kaler gold. cantik. Nasib ktorang kurang baik hari tu, sebab tak dapat masuk ke dalam temple. Sebab, mase tu ada upacara keagamaan sedang berlangsung. So, orang awam tak dibenarkan masuk. Tapi x pe, sekeliling temple tu, ada taman. So, ktorang just pusing2 situ je la…

Taman Sari Alam Lumbini

view dari taman

love @ jambatan gantung

pokok avocado ~macam pokok mangga~

lupe nak bagitau, kalau korang p berastagi bawak anak2 or budak2, korang boleh pegi ke theme park. korang juga boleh menginap di hotel kat situ. kalau korang duk hotel kat situ, dapat la diskaun bile nak masuk theme park tu. tu yang danu cakap la. ktorang just lalu je depan tu, sempat snap pic dari dalam kete.

theme park

Berakhir di Taman Sari Alam, so maknanya berakhirla aktiviti dan pejalanan kami di Berastagi…. Sekarang, pejalan ke Bandar Medan diteruskan….. zzzaaaaaaassssssssssss!!!
Zass, zass jugak, perut dah lapor ni. Ktorang punya lunch dah disediakan di Hillpark, daerah Sibolangit. Sedap makanan die. Not bad. Tapi satu je, mase tu die tanye nak air ape… aku jawap air tea suam. Die tanye lagi… teatong?? Aku just iyekan je la.. aku pun tak tahu ape tu teatong.. dalam pikiran aku, ingatkan tea suam tu die panggil teatong… alih2, bile sampai, air tea kelat. Langsung tak campur gula… huhuhu… terkena eden!!. Danu cakap, teatong merupakan minuman yang agak femes di daerah Sibolangit. Erkkk, biorla x merasa yang femes pun,…  aku mintak jus avocado pulak…. Hehehe..

before

after

dannn... inilah hasilnya. (tengok tang peyot tu!!)

Perut dah kenyang, tido pun sodap ni… erm…, kejap2 tido, kejap2 jaga.. kalau tido, sayang pulak. Nak tengok keadaan sekeliling kan. dalam pejalanan, banyak org jual kelawar yang masih hidup (kat sane, dorang panggil ‘kalong’). Menurut danu, kalong ni boleh buat ubat. Antaranya asthma.
Sampai Bandar Medan, tempat pertama ktorang tuju adalah Galeri Jati. Kat situ banyak perabot jati dipamerkan. Nak beli pun boleh. Souvenir yang berasaskan jati pun ade. Macam keychain, freeze magnet, pen dan byk lagilah. Ape yang best kat sini, galeri ni macam rumah. Setiap bilik dan ruangan rumah ni dipenuhi dengan deko yang berasaskan jati. So, senang nak tengok die punye perabot. Kat sini ktorang tak beli pape pun. Just tengok2 je. Sempat gak ktorang tanye, macam mane kalau nak beli and nak bawak balik m’sia.. hehe.. saje tanye, mane tahu ade rezeki nanti kan…..

galeri jati

Selesai window jati, ktorang langsung ke Istana Maimoon. Luas kawasan die. Orang awam dibenarkan masuk dan boleh tengok suasana dan cerita sebenar mengenai salasilah keturunan raja kat situ. Kat istana ni jugak, korang boleh sewa baju istana dengan hanya 10 ribu rupiah (RM 2.85) sepasang. Boleh pilih warna kalau nak. Kalau nak suh die ambik gambar, tambah 10 ribu lagi utk 1 keping.

ewah2... mak inang n pak inang nih!!

hihihi..

cewah!!

ni dah lebih bang oii!! (yang dlm frame tu merupakan sultan sekarang. umo baru 13 tahun)

bersama waris sultan yang masih ada

ape yang dapat aku perhatikan, kaum kerabat raja kat sane memang berbeza dgn tempat kite. kat sane dorang terabai. kalau kat tempat kite, dorang hidup senang lenang, dgn elaun la, ape la.. tapi dorang kat sane  tak. kesian aku tengok kat waris sultan tu, die pulak yang beria-ria snap pic kat pelawat. dengan harapan nak dapatkan tips. kalau ade pelancong asing, die akan cerita pasal salasilah keluarga die dari awal sampai akhir. dari situlah die dapat duit belanja. die sendiri yang cite kat ktorang. die cakap, setiap hari die akan entertain pelawat dengan bercerita dan tolong snap pic.
Hurm.. dah puas berlagak macam raja dan permaisuri, ktorang langsung ke Gedung Batik dan Telekung. Danu cakap, kat sini harga kain batik, telekung dan kain pasang agak murah. Boleh tawar menawar lagi. Aku beli telekung sulam warna 5 helai, cuma 1 juta rupiah je (RM285). Kain batik 5 helai Cuma 300 ribu (RM85.50) je. Kain batik no.1 tu… Ok la tu kan…

Gedung Batik & Telekung

kain pasang

Telekung & Kain batik

Then, ktorang saje mintak nak pegi kat die punye mall. Saje nak survei2 barang la konon. Danu bawak ktorang p Medan Mall. Kat tepi2 Medan Mall ada pasar2 jual tas (beg tangan) dan sepatu (kasut).. harga kat pasar tu murah2 dan boleh tawar menawar. Tp ktorang just p jalan2 je kat situ.. eh, aku sempat beli alas meja la.. ada sulam warna lagi. Cantik. Cuma RM5 je. Besar jugak saiz die.
Habis shopping and cuci mata, perut dah mula rase lapar.. then, danu bawak g dinner kat Restoran Simpang Tiga, masakan minang.

Restoran Simpang Tiga
Aktiviti untuk hari ni dah tamat… so, dah penat, ktorang check in kat Hotel Antares. Selesa jugak hotel die., yang penting dapat tido je kan… sebelum tido, aku sempat fill up questionnaire yang danu bagi. ni untuk company die buat survey tahap kepuasan customer die la. overall, memang best dan sangat puas hati!!

questionnaire

mata dah tak boleh bukak, jom tdoooo.... nite!

17 Nov 2013 (Day 4)
Morning medan… last day kat medan.. huhuhu… tapi, pagi ni aktiviti bebas.. petang baru balik. Ape2 pun, breakfast dulu cik kak… ngah breakfast, ktorang plan nak g mane. Kena plan betol2, sebab tempat orang kan..

our breakfast
Lepas bf, ktorang keluar kat depan hotel, nak snap pic. Kebetulan, kat depan hotel tu ada sebuah becak (motor roda tiga), kira public transport kat sane la.. bincang punye bincang dengan pak cik tu, die kira sejam 25 ribu rupiah (RM7.12), ikut kite nak pegi mane pun. Die bawak. Ok la kan.

Hotel Antares

becak

first sekali ktorang p muzium negeri. Tiket masuk cuma 1 ribu rupiah  (RM0.28) per pax. Tapi kebetulan ktorang tak de duit kecik, ktorang bagi RM1per pax. Bersorak yang jaga kaunter tu. Klakar pulak aku tengok mase tu. Rezeki die la kan. dalam muzium tu, aku suke tengok sejarah orang2 batak. Sebab kat tempat lain x de. Tapi, korang jangan terkejut, dalam muzium ni ade bahan pameran yang dikatakan agak keras dan berpenunggu. Pak cik supir tu la cakap. Die siap bawak ktorang p tengok lagi. Tapi aku takut nak ambik gambar, takut melekat pulak dalam gambar tu nanti. Kalau korang p, korang hati2 bile dekat dengan bahan pameran yang die tunjuk suasana jual beli orang dulu2. Yang ada lelaki cina sebagai penjual dan pembelinya sorang perempuan melayu. Pak supir cakap, kalau malam2, patung lelaki cina dan patung perempuan melayu tu seakan akan hidup. Wallahualam…… ape2 pun, aku teruja dapt p muzium tu, sebab aku rase sejarah orang batak dan orang melayu dulu2 agak menarik perhatian aku….

muzium negeri

Lepas tu, ktorang p ke Muzium Perjuangan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Nasib tak menyebelahi kami hari tu. Muzium TNI tutup pada hari minggu. Ingat nak snap pick at depan signboard je kan. tanda dah sampai la kononnya. Tapi, die punye pak guard suh masuk ambik pic kat dalam.. baik pulak pak guard ni.
Babak aku ni ape lagi, bile dah boleh masuk dalam, die p jumpa dengan one of the army yang ade kat dalam tu and kenalkan diri die. Aku ikut belakang je la. dorang sembang2 kat situ then snap pic same2. lepas je selesai begambar, die nak tengok gambar tu. then, aku tunjuk la kat die. die senyum je. hurm, alih2 die siap ajak masuk bilik tetamu nak sembang2 dan jamu air lagi. nama die sarjen Ahyar. die cakap, die bukan ape, pernah terjadi satu kes, ada sorang pengunjung wanita ajak bergambar dgn die depan muzium tu la. prempuan tu nak bgambar dengan meriam yang ada depan muzium, die dah cakap, meriam tu agak keras sikit. tapi, prempuan tu bkeras nak ambik gak gambar kat situ. nak tak nak, die izinkan la. lepas tu, die mintak nak tengok pic yang diambil. terkejut die bile tengok gambar tu tak same dengan ape yang sebenarnya. muka prempuan dalam gambar tu berubah jadi garang dan bengis dengan rambut kusut masai. padahal sarjen tu cakap, prempuan tu cantik sangat. satu lagi, mase gambar tu diambil, sarjen dan prempuan tu duk dekat2. tapi dalam gambar tu duk jauh2. memang menyeramkan. lepas kjadian tu, prempuan tu demam seminggu tak bangun2. kpd pengunjung2 kat situ yang nak bergambar, memang sarjen Ahyar tak benarkan begambar dekat meriam tu. maklumla meriam lama kan. tapi, dah dak dijadikan cerita.. nak buat macam mane kan.. sembang punye sembang, die suruh budak duty pegi ambik kunci muzium nak benarkan ktorang masuk dalam.. dorang memang menghormati tetamu. tabik ar. tapi, kami tolok dengan lembut. segan pulak. sebab patutnya muzium tutup hari tu kan. tak kan sebab kami die nak bukak pulak. kami cakap nak cepat, sebab nak kejar flight!. lain kali, kami pasti ke sana lagi...

Semangat ketenteraan yang tak kan padam

Sarjen Ahyar vs Mejar Aznam

TNI vs ATM (kita serumpun)

lokasi seterusnya, pak cik becak bawak ktorang p Sogo. nak shopping sikit. babak beli cermin mata Oakley. murah je kat sini. cuma Rp 999 ribu (RM 284.71). kalau kat m'sia, maunya 5 6 ratus. tu pun kalau dapat. die dah lama dah cari oakley ni. last2 berkenan kat sini pulak. tapi ok la, murah... ktorang tak lama pun kat sini, sebab nak kejar mase kan... lagipun, sogo sini besar. tak larat nak pusing semua.

@ sogo

nothing to say

sweet

selesai shopping and window shopping, ktorang mintak pak becak anta ktorang balik hotel. janji dengan danu die nak pick up kul 2 dari hotel ke airport. sampai hotel, pukul 1. rase macam awal lagi la pulak. then, apelagi, ktorang jalan kaki p mall yang berdekatan dengan hotel. name mall tu aku lupe la. tapi kat Simpang Raya. huhuh. pusing2 dan makan bakso kat situ.

mak aih ko jang...

ade ke orang pakai saiz ni ek?

ni je yang tinggal... jutawan fakir dah ni

emmm... rase cam berat je nak tinggalkan medan ni. before ktorang balik hotel, sempat lagi ktorang rewang2 sekitar simpang raya tu.

latar belakang masjid

latar belakang pintu gerbang bandar medan

jam dah pukul 2, so ktorang kene cepat2 balik hotel. danu mungkin dah tunggu. huhu. ngam2 ktorang sampai loby hotel, danu pun sampai. perjalanan ke airport diteruskan dengan hati yang agak berat... sepanjang pejalanan, ktorang abiskan sisa2 waktu dengan melihat dan menikmati keadaan sekeliling buat kali terakhir. tak tahu bile lagi akan kembali kan...

with my special kodok "babak syg mama"

bile dah nak sampai airport, sempat lagi ktorang minta danu berenti dekat tulisan besar "Kualanamu International Airport". saje nk wat kenangan kan. kalau korang nak tahu, kualanamu ni airport yang baru buka. baru dalam 3 bulan lepas la. patut la mase mula2 sampai hai tu, rase macam baru je, bersih je... dan macam besar je airport die. kalau airport dulu nama die Polonia Airport. mase sampai dekat sign ni, ramai giler penduduk setempat p ambik gambar kat situ. al maklumla baru kan. macam pesta pulak aku tengok.

 Kualanamu International Airport

dan... tibalah sudah kami ke airport. buat kali terakhir, babak sempat bergambar dengan danu. thanks danu!! turun je kete, dah ade orang datang jemput. untuk tolong check in dan tolong ktorang ape yang patut. bagus jugak die punye servis, tak payah la ktorang beratur nak check in. hehe. korang jangan lupe ye, kene bayar tax 75 ribu rupiah per pax.

with danu

lepas check in , ktorang singgah kedai ole2 medan sebab nak beli ole2 sikit. aku just beli kek lapis legit je 1. bagi yang tak sempat nak beli ole2, bagus sangat la kalau singgah sini....

oleh2 medan

antara oleh2 khas medan yang tersedia

ni la rupe kek lapis legit yang aku beli tu

bagi membuang masa yang tersisa, sebab flight pukul 5.40 pm, ktorang rewang2 area airport dulu. memang besar sangat airport die. selesa dan bersih

keadaan airport yang besar dan selesa

dah nak masuk gate dah..... ;(

hurm... ktorang berlepas dari medan lebih kurang dalam pukul 5.40pm. bye medan. panjang umur ktorang datang lagi ye.!

bye medan..

sepanjang pejalanan tu, ktorang tido je. tak buat ape. mungkin sebab penat kot. lebih kurang pukul 8pm (waktu M'sia), ktorang sampai di LCCT airport.

touch down @ LCCT

tamatla sudah entry aku kali ni. tapi sebelum tu, aku nak share alamat and contact number tertentu supaya dapat membantu korang semua berlibur ke Medan..

Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd (Agen di M'sia)
No. 55-1, Blok E, No.2 Jln Langkawi,
Platinum Walk, 53300 Setapak,
Kuala Lumpur
Tel : 603-4142 6144 / 012-372 5175  (Norsyamsina)
Website : www.kejoratravel.com
email : kejoratravel@hotmail.com

Pt. Lovely Holidays (Agen di Indonesia)
Medan, North Sumatra, Indonesia
JL. Ir. Juanda No. 55 A. Medan, Sumut. Indonesia
Tel : 6261-4537985 / 6261 4528853
Website : www.lovelyholidays.net
email : lovely_holidays@hotmail.com

Horison Berastagi
JL. Jamin Ginting No.16 Berastagi 22156,
Sumatera Utara - Indonesia
Tel : (0628) 91999
Website : www.horisonberastagi.com
email : info@horisonberastagi.com

Hotel Antares Indonesia
JL. Sisingamangaraja No.84
(50 M sejajar Mesjid Raya)
Medan - Indonesia 20152
Tel : 061-7324000
Website : www.antaresindonesiahotel.com
email : reservation@antaresindonesiahotel.com

p/s : bagi mereka yang sibuk, tak de masa nak search tiket and nak beli airticket, just contact je Kejora Travel. dorang akan uruskan semua dari a to z. korang just sediakan duit dan tunggu masa nak terbang je. ktorang buat macam tu je. malas nak sakitkan kepala. tapi, bagi mereka yang tak nak pakai agen, nak pegi  solo /backpackers, boleh la try2 search utk dapatkan rate yang terbaik, ok.....

1 comment:

  1. TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
    MEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
    JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!

     PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
     PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
     PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
     PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
     PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
     PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
     PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
     PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA

    AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
    HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NUMBER : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    ReplyDelete